Kembara Seorang Hamba Dato' Shahnon Ahmad

KEMBARA SEORANG HAMBA - DATO' SHAHNON AHMAD
KARYA BESTARI SDN.BHD. (2010) - RM15.00

Sementera menunggu isteri selesai tugasannya membelek,memilih dan kain-kain yang menarik hatinya untuk dijual,aku bersama sibongsu Mohammad Nabil Farhaan meredah hujan gerimis dari satu kedai buku ke kedai buku yang lain juga untuk membelek dan meninjau kalau-kalau ada buku-buku baru yang wajar untuk dibeli dan dibaca.

Sedang aku membelek isi kandungan sebuah buku di Pustaka Mukmin Jalan Tunku Abdul Rahman,aku terdengar perbualan seorang wanita (agak ku dalam lingkungan umur 60an) dengan saudaranya melalui henpon.Tadinya wanita ini meminta pekerja kedai buku tu mengambil Kitab Tafsir Ibnu Abbas.Harganya RM250 per jilid.Ditolak harga potongan 10% dapatlah RM225

Apa yang menarik hatiku ialah kata-katanya "Aku ni kalau ikutkan harga tu 250 tu no hal ler - kalau dengan duit banyak tu aku beli baju pun dapat lah dalam 2 helai tapi berapa hari sangat nak pakai - yang ni dapat pakai sampai mati tauuu"

Mungkin dia seorang yang mampu sebab itu RM250 itu no hal baginya tapi yang aku kagum ialah pendiriannya @ sikapnya bila berhubung dengan ilmu.

Betapa ramai orang-orang Melayu lain yang merasakan sebuah buku atau majallah ilmu yang memanfaaatkan dirinya yang harganya RM10 tu MAHAL tetapi sekotak ROKOK yang memudaratkan diri sendiri itu murah pula dibakar,dihisap dan dihembus begitu saja.Harga sekotak rokok sekarang ini sudah pun menjangkau hampir RM9.00

Akhirnya aku membeli sebuah buku hasil minda Sasterawan Negara Dato' Shahnon Ahmad.
Setelah beberapa helai membacanya,terbetik rasa pilu dan duka di hati ku mengenangkan bagaimana luahan rasa beliau melalui hari-hari tuanya meniti akhir usia.

Duhai rakan-rakan KETAWA beliau,pastinya ada detik-detik manis yang kalian lalui bersama beliau suatu ketika dahulu - luangkanlah sedikit masa kalian menziarahi beliau dan berkongsi pula rasa pilu,sayu dan sunyi beliau selagi belaiu masih bernafas ini.

Tak ada maknanya bila jasadnya telah tiada dipandangan mata,maknya ketika itu berkarung belasungkawa kalian rakamkan dan bertimbun anugerah gelaran kalian kalungkan di hadapan namanya.

Suatu ketika nanti kita pun akan tua ganyut seperti beliau dan kita pun akan lalui jalur kehidupan itu mengikut landasan kita sendiri namun seperti manakah kita ketika itu - tiada siapa yang tahu.Yang pasti ialah hakikat kehidupan yang amat nyata iaitu TEMAN KETAWA RAMAI DAN SENANG DICARI tetapi TEMAN MENANGIS ????

Comments

Popular posts from this blog

FADHILAT DAN KHASIA SURAH EMPAT QUL

KHASIAT AIR KETUM

Khasiat Pokok Lidah Ayam