Daftar Tahun Pilihan Tunai Ibadah Haji

Semua orang Islam pasti punyai niat @ hasrat untuk ke Tanah Suci Mekah untuk menunaikan ibadah haji sekurang-kurangnya sekali seumur hidup.Juga pasti semua umat Islam punyai impian untuk menziarahi Rasulullah saw di Masjid Nabawi,Madinah.

Tapi kalau ditanya - sudahkah anda mendaftar di Tabung Haji?
Apa jawaban anda?

Kita sedia maklum peraturan yang dibuat oleh Kerajaan Malaysia iaitu kita tak akan dapat ke Tanah Suci untuk mengerjakan ibadah haji jika tidak mendaftar nama di Lembaga Tabung Haji.

Makanya tindakan pertama yang drastik anda perlu lakukan ialan MENDAFTAR.Cuma anda perlu sediakan RM1300 sahaja untuk penuhi syarat mendaftar dan nama anda akan tersenarai di dalam senarai menunggu untuk ke Tanah Suci.Bakinya anda boleh menabung dari masa ke semasa sehingga mencukupi kadar tambang yang diperlukan semasa anda terpilih untuk ke sana nanti.

Soal tahun bila akan dapat pergi itu soal lain yang penting masa ini ialah mendaftar itu menjadi bukti @ indicator kepada Allah swt bahawa anda sememangnya nak menunaikan Rukun Islam yang ke 5 itu.

Meski pun kita yakin dapat atau tidak kita ke Tanah Suci adalah urusan Allah SWT dalam menentukan siapakah yang terpilih sebagai tetamu Nya namun usaha kita mendaftar nama di Tabung Haji ini adalah indicator kesungguhan niat dan hasrat kita untuk mengerjakan ibadah rukun itu.

Kepada anda-anda yang belum mendaftar lagi,usahakanlah untuk punyai simpanan minima RM1300 di Tabung Haji.Anda sudah pun bolen mendaftar dan nama anda akan berada dalam senarai menunggu untuk ke Tanah Suci.Kemudiannya berdikit-dikitlah anda menabung dan Insha Allah ketika giliran nama sampai pastinya tabungan anda sudah pun mencukupi.


Kalau anda seorang perokok - JANGAN sesekali mengatakan mana nak cari RM1300 itu kerana di bibir anda itu dah melebihi pun RM1300 - terbakar sia-sia begitu sahaja bersama catatan dosa melakukan perkara yang HARAM

Bersegeralah kerana semakin anda bertangguh waiting list akan semakin panjang dan usia akan semakin bertambah.Kudrat akan semakin berkurang sedangkan ibadah haji merupakan cabaran fizikal dan mental.

Selain itu semakin lewat anda ke sana keaslian persekitaran Masjidil Haram (Kaabah),Masjid Nabawi dan lain-lain yang tempat ibadah yang releven dengan ibadah haji akan sedikit demi sedikit berubah menghambat kemajuan.Perubahan dan perbezaan yang semakin jauh dari keaslian sewaktu dahulu akan menyukarkan kita untuk menghayati seafdalnya semangat dan perasaan Rasulullah SAW atau individu-individu lain yang bersangkutan dengan asal usul ibadah itu.

Contohnya bagaimana kita nak bayangkan kesukaran Siti Hajar naik turun bukit Safa dan Marwah dalam cuaca panas padang pasir ketika mencari air untuk anak kesayangannya Nabi Ismail kerana kita bersaie antara Safa dan Marwah dalam bangunan yang air-cond dan lantai laluan pun datar jerr.

Jemaah haji tahun 2010 berpeluang menziarahi Masjid Kucing tetapi jemaah haji 2011 ini hanya akan mendengar saja cerita Masjid Kucing itu (dah pun dirobohkan dalam projek untuk meluaskan dataran Masjidil Haram) dan jemaah haji tahun 2013 mungkin tidak dapat lagi melihat Masjid Nabawi yang seperti mana sekarang ini.

Mutawif haji semasa musim haji 2010 lalu pun ada menyatakan dengar-dengar khabar Rumah Nabi akan di robohkan dan laluan saie akan dibina escalator sebagai pilihan untuk jemaah.

Diketika ini Kerajaan Arab Saudi memberi tumpuan musim haji untuk dijadikan industri perlancungan sebagai persiapan mengambilalih industri minyak yang semakin berkurangan menjadikan tidak mustahil suatu hari nanti akan di bina hotel-hotel mewah di Padang Arafah dan Mina.

Diketika itu akan semakin ramailah jemaah haji ke Tanah Suci untuk melancung di musim haji sebagaimana Sabda Nabi SAW mengenai ummat Islam suatu masa akan datang nanti (akhir-akhir zaman)

Comments

Popular posts from this blog

FADHILAT DAN KHASIA SURAH EMPAT QUL

KHASIAT AIR KETUM

Khasiat Pokok Lidah Ayam