Monday, December 24, 2012

Menggapai Kebahagian Hakiki

Kebahagiaan dalam kehidupan ini bukanlah sesuatu yang akan datang sendiri tanpa usaha.Juga tafsiran kebahagiaan itu adalah berbagai-bagai bergantung kepada ilmu yang dimiliki oleh individu tertentu.Jika dirujuk kepada ilmu dunia tafsiran kebahagiaan itu akan berbeza dengan kebahagiaan yang dirujuk kepada ilmu akhirat.

Berbagai aneka contoh disekeliling kita sebagai pemerhatian untuk kita jadikan panduan dan pedoman.Namun hakikatnya kebahagiaan adalah juga merupakan perasaan dan perasaan adalah makhluk Allah SWT.Kita tak akan dapat kebahagiaan yang hakiki tanpa izin Allah SWT.Makanya kebahagiaan itu punyai resepi yang tersendiri. Ramuan-ramuannya mestilah di adun 'secukup rasa' Allah SWT.

Keluarga yang bahagia ialah keluarga yang direstui Allah SWT.Bapa,ibu dan anak-anak bergabung bahan untk adunan lalu terhasillah kebahagiaan itu.Kesepakatan mengadun itu hanya mampu dibuat dengan `iman' kepada Al Khalik.Kita hanya mampu untuk berusaha `mencipta' kebahagiaan itu tetapi kuasa Allah SWT sebagai `Maha Pencipta' adalah penentu segala-galanya.Berdoalah kerana doa adalah senjata orang-orang mukmin untuk meraih ehsan Allah SWT.

Kita tidak boleh mencedok bulat-bulat resepi orang lain kerana bahan-bahan mentah untuk adunan adalah berbeza.Diri kita zahir dan bathin tak sama dengan dia,isteri kita tak sama dengan isteri dia dan anak-anak juga tak sama,jadinya mustahil kaedah adunan akan sama.Carilah resepi itu dengan keimanan dihati kita,isteri dan anak-anak kita lalu terjemahkan semuanya semasa mengadun kebahagiaan milik kita sekeluarga.Tugas berat pastinya di bahu si bapa kerana itulah nakhoda rumahtangga.Ceramah,artikel makalah atau nasihat dari pakar-pakar motivasi atau yang sekufu dengannya hanyalah untuk pedoman dan panduan sahaja kerana teori dan praktikal adalah berbeza.Bahu yang memikul lebih berat dari mata yang memandang.Orang lain tak akan faham sebenarnya masalah kita walau pun berkali-kali mereka mengatakan `saya faham masalah anda'.Hanya Allah SWT sahaja yang sebenarnya benar-benar faham.Luahkan semua isihati kita semasa di hadapan Nya.

Berusaha dan berdoa,Insha Allah janji Allah SWT sentiasa bersama kita.Sebagai insan yang inginkan kebahagiaan,saya juga terpanggil untuk sama-sama berjuang di dalam kehidupan ini dibantu oleh isteri dan anak-anak untuk menggapai dan memilikinya.Semoga kita semua akan berbahagia di dunia dan akhirat bukan sekadar "Yang Berbahagia" yang menjadi sebutan dihadapan nama kita sahaja.

Sebagai bekalan perjalanan sesama kita,menapak hari ini melangkah ke hari esok dan terus bernafas hingga ke penghujung usia,saya titipkan reminder dari Allah SWT ini.

Surah As Saff ayat ke 2-3:

Wahai orang-orang yang beriman!

Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tida melakukannya!

Amat besar kebenciannya di sisi Allah

Kamu mengatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya.

Sekian,Wassalam.

Zul Salleh 0125288950 / 0148541926 Pendang NKDA.

No comments:

Post a Comment