Thursday, October 10, 2013

Ujian Kehidupan Manusia @ Aku!

Hakikatnya kita adalah hamba.Merdeka.Bebas tapi terpimpin.Dikawal oleh syariat.Kita bertanggungjawab ke atas apa yang kita buat.Samada baik atau buruk apa yang kita buat itu penilai penentunya adalah syariat.

Syariat itu pula dibuat oleh pencipta kita dan hak ciptanya totally tetap terpelihara.Tidak ada dolak dalik untuk `subject to alteration'.Hitam putih yes or no nya adalah jelas.Begitu yang disampaikan kepada kita oleh utusan Nya,Rasulullah saw.

CCTV Illahi ada dimana-mana.Pencatit rekod yang ditugaskannya berada bersama-sama kita ke mana-mana saja mencatat dengan amanahnya apa saja yang kita buat.Tidak ada yang miss type or miss write.

2 elemen pengawasan ini membuktikan kebebasan yang diberikan kepada kita ini dibarengi oleh kasih sayang Allah swt yang tidak mahu melihat kita terbabas dari landasan dan seterusnya mengundang kecelakaan kebinasaan yang selanjutnya menjurus kepada siksaan azab kubur dan azab neraka.

Namun sejauhmana kita memertabatkan eleman pengawasan itu yang menjadikan jalan hidup kita sering berantakan.Berbuat seenaknya kerana kita merasa cctv itu dah rosak dan pencatit rekod pun dah letih tertidur.Lantas kita merasa berada di atas dari syariat.

Kasih sayang Allah swt mendahului kemurkaan Nya!

Bila kita bercakap mengenai ujian dalam kehidupan kita sering beranggapan ujian itu adalah seperti bencana alam,kebakaran,kemalangan,kematian dan sebagainya yang merupakan musibah besar dalam kehidupan.Lantas kita pun mengucap takziah kepada mangsanya dan memintanya bersabar.

"Sabarlah yerr.Ini ujian tuhan.Sabarlah yer,dugaan tuhan,tetapkan iman"

Hanya sebegitukah baru dikatakan ujian tu.Hanya mangsa-mangsa itu sajakah yang berdepan dengan ujian Allah swt sedangkan ada firman Nya yang mengatakan semua makhluknya akan diuji untuk menentukan tahap keimanan kita.Selagi kita tak bergelar mangsa sebegitu,ertinya kita bebas ujian kah?

Sebenarnya dalam kehidupan seharian kita sentiasa diuji.Sentiasa berdepan dengan ujian.Bila saja kita ada pilihan maka disitulah ada ujian.Hasil dari ujian itu adalah markah iman kita.

Pagi dah azan subuh - nak solat lagi ker tak? Markah ujian : solat awal waktu tak sama ngan solat akhir waktu.Nak solat kat rumah ker kat masjid - markah ujian : solat kat masjid berjemaah 27x ganda dari kat rumah.

Kat tempat kerja - nak kerja penuh tanggungjawab ker atau sambil lewa jerr - markah ujian pendapatan yang halal tak sama dengan makan gaji buta.

Claim mailage atau overtime - nak claim betul ikut kerja yang dibuat atau alter sikit-sikit lerr supaya jumlah lebih sikit @ bertambahlah skit income bulan nih - markah ujian : rezeki halal dah bercampur dengan syubhah.

Ada pendapatan lebih nak simpan kat mana.Nak simpan kat institusi kewangan yang patuh syariat seperti Tabung Haji atau Bank Islam atau nak simpan kat institusi kewangan yang menjanjikan pulangan yang menguntungkan walau pun diragui patuh syariahnya sperti ASN/ASB - semuanya akan menatijahkan kepada tahap lemah kuatnya iman kita.

Nak beli rumah sebiji lagi ker,nak beli kereta sebiji lagi ker atau nak pi haji/umrah? Beli rumah ni aset masa depan.Kereta sebiji lagi lambang status kehidupan,tak kan nak sama saja tahun sudah dengan tahun nih.Nak pi umrah? Bila-bila pun boleh pi,setakat lima enam ribu tu tak luak pun saving ... tapi tak pi pi pun juga...daftar haji kat Tabung Haji pun tak juga.

Bila kita luaskan lagi skop kehidupan ini akan ada ketikanya kita berada dalam pilihan nak terima rasuah atau tidak,nak zina atau tidak,nak pecah amanah atau tidak nak terilbat dalam riba atau tidak dan lain-lain elemen dosa besar yang kesudahannya adalah kemurkaan dan laknat Allah swt.

Rumusannya : Bila saja ada 2 pilihan semasa kita menguruskan kehidupan seharian,itulah ketikanya kita diuji oleh Allah swt.Natijahnya ialah penentuan tahap keimanan kita!

Jika kita gagal membuat pilihan yang terbaik merujuk kepada syariat,wajarlah kita mengucapkan takziah kepada diri kita sendiri kerana kita telah pun menjadi `mangsa'.

Jom kita tambahkan ilmu,tetapkan iman dan tingkatkan takwa agar kita dapat melepasi ujian Allah swt dalam persekitaran kehidupan seharian ini dengan penuh kejayaan dan menghadapi ujian besar berupa bencana petaka (yang kita tak tahu bila akan datangnya) kelak dengan penuh keredhaan.

Kasih sayang Allah swt mendahului kemurkaan Nya.Kita tak mampu mengubah dari arah mana kita datang tetapi ketika ini kita mampu untuk mengubah arah ke mana kita nak pergi.Secekap mana pun kita memandu kalau kita tak tahu jalan kita tak akan sampai ke destinasi yang nak dituju.

Fikir fikirkan .... selamat beramal!

#n3 ini ku tujukan khusus buat diri ku yang serba kekurangan ilmu dan amal.takut terpinggir dari senarai husnul khatimah dan tergolong dalam kelompok ayat 2 Surah asSaff.

No comments:

Post a Comment