MLM : HALAL ker HARAM ???

Email dari seorang kenalan baru yang tak mahu dikenali agak sinis apabila memanggil saya dengan gelaran Ustaz dan meminta saya mengemukakan hujjah mengapa saya mengatakan MLM Smart Naco itu haram (jelas di sini bahawa penghantar email ini adalah fanatik Smart Naco).

Saya menyemak kembali entri-entri lama tetapi tidak saya temui perkataan yang saya menghukum MLM Smart Naco itu HARAM.Apa yang saya katakan ialah keraguan saya samada kaedah perniagaan secara MLM itu HALAL atau HARAM kerana bukan semua syarikat MLM itu mempunyai PENASIHAT SYARIAHnya sendiri,makanya saya mengambil jalan selamat untuk diri saya sendiri iaitu menghindarkan diri dari hal-hal yang 'SYUBHAH'.

Lalu saya memilih untuk menjual susu tersebut secara runcit sahaja.Ada orang yang pesan (order) Alhamdulillah,saya akan poskan.Tak ada orang order pun Alhamdulillah gak,saya boleh minum sendiri sebab saya adalah pengguna susu ini sejak tahun 2005 lagi.

Jom kita sama-sama dengar apa kata Ustaz Zaharudin nih.Untuk jimatkan masa anda,klik jerr pada minit yang ke 5.43.Renungkan,fikir-fikirkan.Tepuk dada tanyalah IMAN.
Silakan!


Nota : Sistem MLM ini ujud dari minda bisnes orang YAHUDI.

Comments

Popular posts from this blog

FADHILAT DAN KHASIA SURAH EMPAT QUL

KHASIAT AIR KETUM

Khasiat Pokok Lidah Ayam