Akhirnya Tidak Ditemui Semula Kebenaran

Pagi itu cuaca agak mendung dan bapa harus ke klinik kerana ada temujanji dengan Pegawai Perubatan.Biasalah bagi seorang warga emas seusia bapa yang menjangkau usia lebih tujuh puluh tahun untuk berdepan dengan masalah tekanan darah tinggi.Aku tetap bersyukur kerana cuma itu sahaja yang masalah bapa (bapa disahkan tidak punyai masalah diabetes).
 
Perancangan awal aku cuma menjemput bapa di rumah dan menghantarnya ke klinik.Selepas urusan pendaftaran bapa,aku akan kembali ke pejabat namun setelah memikirkan bapa juga kini semakin kurang deria pendengarannya,aku memutuskan untuk menemani bapa sehingga selesai berjumpa Pegawai Perubatan,mengambil ubat di Bahagian Farmasi dan seterusnya menghantar bapa pulang.
 
Ramai juga pesakit yang hadir ke klinik pagi itu.Rata-ratanya adalah di usia atas empat puluhan,maalomlah hari itu adalah khusus untuk pesakit diabetes dan darah tinggi.Teringat aku kata-kata Dale Carnagie (penulis buku-buku perihal kebahagian hidup yang terkenal) - ramainya orang yang mengalami penyakit fizikal sebegitu sedangkan di luar sana peratus orang yang mengalami penyakit gangguan mental lebih ramai lagi (ironinya Dale Carnagie sendiri termasuk dalam kelompok ini lalu mati membunuh diri)

Aku meninjau pandangan mencari kalau-kalau ada bangku kosong.Cuma ada satu sahaja dan aku menyuruh bapa ke situ dan aku sendiri berdiri saja bersandar di dinding ruang menunggu itu.Aku perasan sesusuk tubuh tua yang rasa-rasanya aku kenal tapi siapa dan di mana pernah aku temui dia.Aku cuba mengingatkan tetapi tak berjaya mengimbau masa silam.Mungkin sebab susuk tubuh dan rupa paras yang sudah dimamah usia itu membuat aku sukar membuat pengecaman.Nyatanya beliau begitu ramah berbual dan gelak-gelak dengan pesakit lain yang duduk disampingnya.Aku hanya memerhati beliau dari jauh.

Tak lama selepas itu ada bangku kosong disebelah beliau kerana pesakit yang duduk di bangku itu telah dipanggil masuk ke bilik rawatan.Tanpa lengah-lengah lagi aku terus melangkah dan duduk dibangku itu.

Setelah salam dan berkenalan barulah aku temui catatan silam itu.Rupanya beliau adalah bekas Penolong Kanan salah sebuah sekolah yang pernah aku belajar dahulu.Beliau telah lama bersara dan tersenarai dalam kelompok pesakit diabetes dan darah tinggi klinik ini.Dalam sekejap masa sahaja aku menjadi begitu mesra dengan beliau dan kami berbual mengimbau kembali ke masa-masa lampau di waktu beliau adalah Penolong Kanan sekolah dan aku adalah pelajar sekolah itu.Satu demi satu nama guru yang agak rapat dengan ku semasa bersekolah dahulu ku sebut dan merisik khabar mutakhir mereka dari beliau.

Rupanya memang beliau masih kuat ingatan walau pun telah lanjut usia.Semua guru-guru yang aku sebutkan itu dapat beliau ceritakan perkembangan terkini mereka.Hinggalah sampai ke suatu detik aku kelu dan bergenangan air mata berkongsi kesedihan bila mengenang liku-liku kehidupan usia emas seorang guru yang cukup baik dengan aku semasa bersekolah dulu dan begitu juga dengan isterinya.

Malah setelah beliau bersara pun kalau berjumpa beliau di bandar,tegur sapa dan bual bicaranya tetap mesra.Cumanya aku tidak tahu bahawa di ketika itu beliau sudah tidak sama haluan hidup lagi.Telah berpindah menjauhi Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Sedih memanglah aku amat sedih ketika itu.Aku hanya mampu menadah telinga sahaja mendengar luahan cerita si bekas Penolong Kanan itu.Nyatanya beliau juga amat sedih dengan apa yang berlaku pada bekas guru ku @ rakan sejawatannya itu.

Ketika usia muda telah berada di landasan kebenaran akhirnya terpesong ke aliran lain yang disangkanya lebih benar pada hal itu adalah kebatilan dan di landasan baru itulah yang dilaluinya dalam menghabiskan usia tua.

Akhirnya beliau menghembus nafas terakhirnya dalam keadaan tertipu dan tidak sempat menemui semula kebenaran.Pusara beliau juga di luar pagar kawasan perkuburan kerana beliau bukan lagi sejamaah dengan yang lain.

Comments

Popular posts from this blog

FADHILAT DAN KHASIA SURAH EMPAT QUL

KHASIAT AIR KETUM

Khasiat Pokok Lidah Ayam