Kelebihan 10 Hari Pertama Bulan Zulhijjah


Zulhijjah adalah bulan terakhir dalam takwim Hijrah dan merupakan diantara bulan-bulan haram yang dmuliakan oleh Allah SWT.(Lain-lain bulan haram ialah Zulkaedah,Muharram dan Rejab) .Sebagaimana bulan-bulan haram yang lain,bulan Zulhijjah seharusnya diisi dengan amalan-amalan soleh yang selari dengan sunnah Rasulullah SAW.
 
AlHafiz Ibnu Hajar alAsqolani menjelaskan sebab keutamaan 10 hari ini adalah kerana pada hari-hari tersebut terkumpul ibadat-ibadat induk seperti solat,puasa,sedekah dan haji yang dapat dilakukan serentak dan tidak sebegitu pada hari-hari yang lain.
 
Justeru hendaklah setiap umat Islam memperbanyakkan solat sunat terutama tahajjud,berzikir,berdoa,membaca AlQuran,melaksanakan ibadat korban dan haji bagi yang mampu.Usahakanlah untuk berpuasa pada 9 hari yang pertama ini.
 
9 Zulhijjah merupakan Hari Wukuf dan 10 Zulhijjah Aidil Adha.

الله أَكْبَر. الله أكْبَر. الله أكْبَر كَبِيْراً.

الله أكْبَر. الله أكْبَر. لا إِلهَ إِلا الله وَالله أكْبَر.

الله أكْبَر. وَلِلّهِ الْحَمْد.

الله أكْبَر. الله أكْبَر. الله أكْبَر.

 لا إِلهَ إلا الله وَالله أكْبَر.

الله أكْبَر. الله أكْبَر . وَلله الْحَمْد

antara lafaz-lafaz takbir yang diriwayatkan oleh para sahabat dan tabiin

Comments

Popular posts from this blog

FADHILAT DAN KHASIA SURAH EMPAT QUL

KHASIAT AIR KETUM

Khasiat Pokok Lidah Ayam