Rindu ku ..... buku-buku ku!

أُطْلُبُوا الْعِلْمَ مِنَ الْمَهْدِ اِلىَ اللَّهْد

Seusai solat aku bertelaku di meja bacaan.Fikiran ku pagi ni menerawang jauh ke sana.Sesungguhnya pagi ini aku terbenam dalam selimut rindu yang amat menusuk hati.Rindu pada waktu-waktu indah yang dilalui semasa berada di sana.Tanah Suci Mekah alMukarramah dan Madinah alMunawwarah.Rindu teramat sangat kepada kedua-dua Tanah Suci tersebut.Terbayang rakaman kehidupan semasa aku isteri dan jutaan Duyafur Rahman yang berada di sana tahun 2010 dahulu.Liku-liku perjalanan dari hotel ke Masjid Nabawi dan Masjidil Haram seakan terpapar di skrin monitor bila menatap photo-photo yang diupload oleh blogger berkenaan.
  
Sempatkah aku menunaikan ferdhu haji lagi sebelum menutup mata? Sememangnya haji yang wajib hanya sekali namun yang sunat dapat menampung kekurangan yang ada semasa wajib dahulu.Kekurangan penghayatan dan kekurangan amalan sunat semasa mengerjakan haji tahun 2010 dulu tu.
  
Perancangan ku dan isteri nak bawa anak-anak untuk mengerjakan umrah di pertengahan tahun 2015 nanti Semoga dipermudahkan Allah swt - hadiah dari abah dan mama untuk anak-anak tersayang!

Sejenak aku merenung deretan buku-buku yang tersusun kemas di dalam 3 buah almari buku kaca di dalam bilik bacaan ku - terdetik persoalan di hati - sempatkah aku membaca semua buku-buku tu sedangkan jatah usia ku semakin singkat,semakin memendek andainya aku tak mula membaca secara serius.

Di sinilah biasanya aku menghabiskan usia malam ku.Ruang kamar bacaan yang kadang-kadang menjadi kamar tidur ku bila keletihan.Inilah kamar yang menempatkan khazanah milikan yang aku ada dan paling berharga bagi ku.Kos harga buku/kitab aku anggarkan dah hampir menjangkau lebih RM5K (yang kelihatan tu hanya sebahagian dan dibelakang kamera ada lagi),kerusi biru tu RM200 dan meja besi plak RM500 – demi untuk keselesaan seorang aku menadah ilmu.

Doa ku agar ilmu yang ditimba ini adalah bermanfaat buat diri ku,Amin!

Suatu ketika dulu,sibongsu Muhammad Nabil Farhaan pernah bertanya "abah dok beli buku tu dah banyak pun,bila abah nak baca" aku jawab "nanti bila abah pencen,dah tak dak kerja masa tu,abah baca laaa"

6 tahun lagi aku akan pencen dari penjawat awam - tapi,sempatkah aku nak melalui zaman pencen tu? Entah entah esok lusa dah pun berakhir riwayat hidup ku ini.


Pesanan Saidina Ali kw : 

BERUNTUNGLAH ORANG YANG HARI INI LEBIH BAIK DARI SEMALAM,TERPEDAYALAH ORANG YANG HARI INI SAMA DENGAN SEMALAM DAN CELAKALAH ORANG YANG HARI INI LEBIH BURUK DARI SEMALAM

Comments

Popular posts from this blog

FADHILAT DAN KHASIA SURAH EMPAT QUL

KHASIAT AIR KETUM

Khasiat Pokok Lidah Ayam