Kebaikan Mandi Sebelum Subuh


Ramai di kalangan kita yang mengalami kesukaran untuk bangun awal pagi dan mendirikan solat Subuh di awal waktu.

Masalah ini terjadi atas beberapa sebab, antaranya ia telah menjadi tabiat, tidur lewat dan perasaan malas untuk bangun waktu subuh.

Menurut kajian sains,kandungan gas ozon pada waktu pagi lebih tinggi dari waktu lain.Oleh itu gas ozon ini yang juga amat penting untuk tubuh badan kita.  

Kebaikan Mandi Sebelum Subuh

Mandi awal pagi bukan sahaja membersihkan malah memberikan kesegaran dan manfaat untuk tubuh badan. Malah mandi awal pagi iaitu sebelum solat Subuh merupakan antara amalan Rasululah SAW. Antara manfaat mandi awal pagi ialah:
  • Melancarkan peredaran darah
    Jika peredaran darah lancar maka tubuh akan menjadi lebih sihat dan bertenaga.
  • Kulit lebih lembut dan halus
    Mandi menggunakan air sejuk dapat mengurangkan lingkaran gelap bawah mata. Kuku juga akan menjadi lebih sihat, kuat dan tidak mudah retak. Kulit pula menjadi lebih lembut dan halus.
  • Meningkatkan kesuburan
    Tubuh badan
    manusia akan mendapat reaksi yang positif apabila mandi pada waktu pagi. Justeru, dapat meningkatkan hormon testosteron pada lelaki dan hormon estrogen untuk wanita.
  • Mengurangkan risiko darah tinggi
    Insyaallah jika diamalkan selalu, risiko untuk mendapat penyakit ini akan berkurangan. Jangan lupa diiringi doa juga.
  • Mengurangkan tekanan serta tenang
    Air yang sejuk akan melancarkan kembali peredaran darah setelah lama berbaring. Buat yang mengalami depresi, inilah cara yang terbaik untuk menghilangkannya.
  • Meningkatkan sel darah putih
    Mandi dengan air sejuk akan meningkatkan sel darah putih. Apabila sel darah putih banyak maka daya tahan tubuh terhadap penyakit pun meningkat.
Semoga info ini anda akan bangun awal untuk mandi sebelum subuh dan jangan lupa untuk solat subuh sekali..

p/s: Jom ikut sunnah…

Comments

Popular posts from this blog

FADHILAT DAN KHASIA SURAH EMPAT QUL

KHASIAT AIR KETUM

Khasiat Pokok Lidah Ayam