5 Wasiat Rasulullah Kepada Ali Mengenai Amalan Sebelum Tidur

5 Wasiat Rasulullah Kepada Ali Mengenai Amalan Sebelum Tidur | Satu masa ketika Rasullullah SAW berada di Madinah, beliau pernah bersabda kepada Imam Ali bin Abi Talib mengenai LIMA WASIAT . Sabda baginda, "Ya Ali, janganlah engkau tidur kecuali engkau kerjakan dahulu LIMA perkara ini iaitu:

1. Janganlah engkau tidur kecuali engkau baca Al-Quran kesemuanya.

2. Janganlah engkau tidur kecuali engkau bersedekah dahulu 4 ribu dirham .

3. Janganlah engkau tidur kecuali engkau ziarah dahulu kepada Ka'abah .

4. Janganlah engkau tidur kecuali engkau jaga dahulu tempat mu di Surga.

5. Janganlah engkau tidur kecuali engkau minta redanya musuh-musuh mu terlebih dahulu .

Ketika Saidina Ali mendengar ini, dia merasa bingung dan terpegun lalu bertanya kepada Rasulullah SAW. Dan bagaimana mengamalkan hal itu ya Rasulullah?. Maka Rasulullah pun bersabda:

1. MEMBACA AL-QURAN KESEMUANYA:
Hai Ali tidakkah engkau mengetahui apabila engkau membaca "QUL HUWALLAH HU AHAD....." sebanyak 3 kali bererti engkau telah membaca Al-Quran kesemuanya.

2. BERSEDEKAH 4 RIBU DIRHAM:
Hai Ali apabila engkau membaca surah AL-FATIHAH sebanyak 4 kali bererti sesungguhnya engkau telah bersedekah 4 ribu dirham.

3. ZIARAH KE KA'ABAH:
Hai Ali apabila engkau sebelm tidur membaca: "LA ILLA HA ILLAH HU WAHDAHU LA SARIKALLAH LAHUL MULKU WALAHUL HAMDU YUHII WAYUMITU WAHUWA KULLI SHAI INQADIR" sebanyak 10 kali bererti pahalanya sama dengan ziarah Ka'abah.

4. PELIHARA TEMPAT MU DI SYURGA:
Ya Ali apabila engkau sebelum tidur membaca: "LAA HAWALA WALAQUATTA ILLA BILLAH HILALIL AZIIM" sebanyak 10 kali bererti sesungguh engkau telah menjaga tempatmu di Syurga.

5. MINTA REDHA KEPADA MUSUH-MUSUH:
Hai Ali apabila engkau membaca: "ASTAGAFIRRULLAH ALAZIIM ALLAZI LAA ILLA HA ILLALAH HUWAL HAIYUL QAYYUM WA'ATUBU ILLAIEH" sebanyak 10 kali bererti engkau telah redhakan musuh-musuhmu.

sumber : http://bicarasantai2011.blogspot.com/2013/09/5-wasiat-rasulullah-kepada-ali-mengenai.html

Comments

Popular posts from this blog

FADHILAT DAN KHASIA SURAH EMPAT QUL

KHASIAT AIR KETUM

Khasiat Pokok Lidah Ayam