BAHAYA : Penyakit-Penyakit Akibat Obesiti


Diabetes/kencing manis

Diabetes adalah penyakit yang berpunca daripada kandungan gula yang tinggi dalam darah. Paras gula dalam darah dikawal oleh pankreas yang menghasilkan hormon insulin. Dalam penyakit ini, disebabkan kekurangan insulin ia menyukarkan proses untuk mengeluarkan gula dalam darah dan turut menjejaskan sel dalaman untuk membekalkan tenaga. Paras glukosa darah sentiasa tinggi menyebabkan gangguan metabolisme karbohidrat, lemak dan protein dalam badan.Tanda-tandanya ialah kerap membuang air kecil, berasa terlalu dahaga, sentiasa lapar, penglihatan kabur, nafas berbau manis, penurunan berat badan, keletihan dan luka yang lambat sembuh. Selain itu, ia boleh merosakkan buah pinggang.

Sakit Jantung.

Obesiti adalah punca utama penyakit jantung dan pembuluh darah. ini adalah kerana kegemukan akan menyebabkan peningkatan beban kerja jantung Kenapa? Sebab, bertambahnya saiz tubuh anda. Apabila jantung bekerja melebihi hadnya maka berlakulah kegagalan fungsi jantung. Antara tandanya adalah sesak nafas.

Darah Tinggi

Mereka yang obes juga cenderung mendapat tekanan darah tinggi akibat daripada timbunan lemak dalam pembuluh darah yang akhirnya menjadi sempit . Kombinasi tekanan darah tinggi dan obesiti memberi tekanan kepada jantung dan mengakibatkan dinding jantung menebal dan kekurangan oksigen. Keadaan ini mempercepatkan lagi masalah kegagalan jantung untuk berfungsi dengan baik dan seterusnya menyebabkan jantung terus rosak.

Osteoarthritis

Osteoarthritis adalah suatu penyakit gangguan persendian di mana terjadi perubahan kekurangan tulang rawan sendi dan ini akan menyebabkan terjadinya hipertropi tulang hingga terbentuk tonjolan tulang pada permukaan sendi (osteopit). Sendi yang biasanya terjadi penyakit ini ialah sendi lutut, sendi pinggul/punggung dan beberapa sendi kecil di tangan dan kaki. Kegemukan akan menyebabkan sendi-sendi ini terpaksa menampung berat dan ini akan menyebabkan kesakitan.

Lihat pula kesannya pada buah pinggang dan hati,
 Macamana? Nak ke organ-organ kita jadi begini dan tak berfungsi lagi? Fikirkan?

Comments

Popular posts from this blog

FADHILAT DAN KHASIA SURAH EMPAT QUL

KHASIAT AIR KETUM

Khasiat Pokok Lidah Ayam