Friday, September 19, 2014

5 cara nak kuat untuk berubah?


Sejujurnya, nak berubah ni, semua orang mampu. Semua mampu berubah. Serius. Yang jadi masalah ialah, kita ni NAK berubah, atau kita ni NAK TAK NAK. Kalau kita NAK, Allah akan bukak jalan seluas-luasnya, Allah akan beri kemudahan dan kekuatan yang luar biasa pada kita. Tapi, kalau NAK TAK NAK, kita akan jadi kreatif untuk mencipta atau mencari pelbagai alasan untuk berubah.

“Susahla nak berubah…..”

“Saya dah cuba, TAPI……”

“Kau bolehla berubah. Aku, ada masalah family, family aku tak kuat agama macam kau….”

“Kau okayla boleh jadi baik. Kau sekolah agama. Aku? Sekolah aku teruk gila…..”

Macam-macam alasan yang kita boleh bagi sebenarnya. Saya tak kata alasan sesetengah dari kita bagi ni SALAH. Mungkin dari satu sudut, benda tu betul. Tapi,sampai bila kita nak beralasan? Sampai bila kita nak terus-menerus bagi pelbagai alasan? Sampai bila kita nak merungut?

Tu persoalannya.

Namun, takde siapa nafikan, berubah ni memang susah. Sangat susah. Sebab tulah syurga Allah tu untuk orang yang berubah. Syurga hanya untuk orang yang bersusah-payah kat dunia. Mustahil, orang masuk syurga dalam keadaan kat dunia dulu dia enjoy, tak bersusah-payah untuk agama, dan lain-lain. Mustahil. Saya rasa semua maklum.

Sebab tulah, dalam nak buat apa-apa perkara, kita kena ada KEKUATAN. Termasuklah dalam nak berubah. Nak berubah ni, kita kena ada ‘something’ yang menjadi KEKUATAN DALAMAN untuk kita tetap teguh, istiqomah dan berterusan melakukan perubahan. Tanpa kekuatan ni, kita takkan mampu untuk kekal lama dalam perubahan.

So, insyallah, saya akan bagi cara-cara untuk nak berubah, dan dapatkan kekuatan untuk berubah. Supaya, kita ni, tak lagi jadi orang yang asyik beri alasan.

Moga kita dapat amal!

****

1) MELAZIMI TAUBAT.


Bila nak berubah, kita kena lah mengaku salah, mintak maaf dengan kesalahan, dan USAHA untuk tak buat lagi. Mana ada orang yang buat salah, dia nak dapat redha kepada orang yang dia buat salah tanpa mintak maaf. Kita ni dah lama sangat kurang-ajar dengan Allah, buat Allah marah, gunakan segala nikmat yang Allah bagi untuk maksiat.

Sebab tu kena TAUBAT!

Tapi, masalah yang biasa terjadi(juga terjadi berkali-kali pada diri saya), kita dah taubat, tapi sampai satu tempoh, kita ULANG balik dosa yang kita dah taubat. So, nak buat macamana? Sebab tu saya cakap, kita bukan sekadar kena taubat, tapi, MELAZIMI taubat.

Saya ulang:

“Kita bukan sekadar kena taubat, tapi, MELAZIMI taubat…”

Bila buat salah, taubat. Kalau kita buat salah balik, taubat balik. Kalau buat lagi salah, taubat lagi. Sampai bila? Sampai mati! Jangan tangguh taubat. Kalau boleh, bila buat salah, terus taubat, mintak ampun sungguh-sungguh kat Allah.

Kalau kuali yang kita guna untuk masak, awal-awal kita masak, akan ada hitam kat bawah kuali tu. Kalau kita terus basuh, insyallah hilang. Tapi, kalau kita lambat basuh, lama-lama, hitam tu akan MELEKAT kat kuali tu, dan sangat susah untuk hilangkan!

Sekarang ni, kita rasa SUSAH untuk berubah dan tinggalkan maksiat, adalah kerana kita tak MELAZIMI TAUBAT. Kita tak habis-habis tangguh taubat. Sampai maksiat tu MELEKAT, dan sangat susah nak hilang.

“Jika kamu bertaubat sehingga taubat itu gugur dan kamu kembali melakukan dosa, maka, bersegeralah bertaubat kembali! Katakanlah pada dirimu:”Moga-moga aku mati sebelum sempat mengulangi dosa kali ini….”
(Imam Ghazali)

”Orang yang terbaik ialah orang yang banyak di uji dengan dosa dan banyak bertaubat!”
(Ali b Abi Talib)

“Kamu perlu bertaubat dari dua dosa. Satu, dosa kamu yang lalu. Kedua, kamu perlu taubat kerana kamu menangguhkan taubat kamu…”
(Ibn Qayyim)

Amacam? Bolehkan?

2) JAGA SOLAT 5 WAKTU



Dosa tinggalkan solat lagi besar dari dosa berzina, membunuh, minum arak dan sebagainya. Jangan ingat isu solat ni main-main. Pergi wayang jauh-jauh dengan member, keluar malam dengan bf/gf, pergi kelas, kerja semua boleh. Solat, sekejap je pun.

Serius, kalau orang tanya saya:

“Saya nak berubah jadi baik. Saya dah taubat. So sekarang, saya nak mula dari mana?”

Saya akan jawab:

“Kamu mulakan dengan menjaga solat 5 waktu!!”

Baca dan dengarlah kisah-kisah orang yang berubah. Allayarhamah Sharifah Aini, Neolofa dan lain-lain, bila mereka cerita, macamana mereka dapat kekuatan untuk berubah, mereka jawab:

“Jaga solat!!”

Serius. Solat ni tiang agama. Bila solat kita ‘runtuhkan’, mustahil kita dapat berubah. Mustahil. Yelah, tiang takde, macamana nak kukuh bangunan?? Solat tak buat, macamana kita nak buat amal yang lain? Hatta, kalau tak solat, Allah tak terima amal kita yang lain.

Saya dah tulis isu solat ni panjang lebar di SINI. 

Baca jangan tak baca!

3) TINGGALKAN KAWAN JAHAT, DAN KAWAN DENGAN ORANG BAIK.



Orang yang nak berubah dan bertaubat, dia kena jauhkan diri dari kawan-kawan yang jahat, yang boleh menggoda/mengajaknya untuk melakukan maksiat, serta menarik kakinya kea rah maksiat sehingga dia terjatuh dan terjerumus ke dalam lembah dosa dan maksiat.

Benda ni bukan benda main-main. Benda ni benda serius!!

Kita kena ganti dan tukar kawan yang jahat dengan kawan yang baik. Kita kena berkawan, bergaul dan rapat dengan orang yang baik-baik! Kita tengok muka kawan kita, kita teringat Allah. Kata-kata mereka sentiasa memandu kita kea rah kebaikan.

Kata seorang penyair:

“Elakkan dari bersahabatkan si hina. Kelak, ia pasti berjangkit umpama kudis yang menjangkiti orang sihat..”

Sahabat ni terbahagi kepada dua.

a)Ada yang mengheret kita ke syurga.
b)Ada juga yang mengheret kita ke neraka!

Allah sendiri dah bagi amaran supaya jangan kawan dengan orang-orang yang jahat! Sometimes, kita sendiri tak sedar yang kita ni MANGSA, dan kat akhirat baru kita sedar. Allah berfirman:

“Dan ingatlah, hari di mana orang zalim menggigit kedua tangannya seraya berkata; “ Alangkah baiknta sekiranya duu aku mengambil jalan bersama-sama rasul.Kecelakaan yang besarlah ke atasku, sekiranya aku dahulu TIDAK MENJADIKAN si fulan itu sebagai TEMAN AKRABKU. Sesungguhnya, dia telah menyesatkanku dari Alquran!!”
(Alfurqan ayat 27-29)

Sebab tulah, ulama’-ulama’ amat menekankan kita untuk TUKAR KAWAN. Mereka berkata:

“Taubat itu adalah penyesalan. Penyesalan itu ialah penyesalan dengan hati, keazaman untuk meninggalkan perkara maksiat, beristighfar dengan lidah, meninggalkan dengan jasad dan MENJAUHKAN DIRI dari TEMAN YANG JAHAT…”

Inilah FORMULA untuk nak jadi baik. Bak kata Imam Alqushairi:

“Orang yang mahu bertaubat, mesti MULAKAN dengan menjauhkan diri dari kawan-kawan yang jahat, kerana merekalah yang akan mendorong kita agar membatalkan niar dan keinginan untuk bertaubat, serta meragu-ragukan kita tentang azam kita untuk berubah…”

So, saya saran, ikutlah USRAH. Kat sekolah, kat universiti. Nak ikut ISMA ke, IKRAM ke, HALUAN ke, TABLIGH ke, PAS ke, Hizbut Tahrir ke, PEMBINA ke, apa-apalah NGO/JEMAAH dakwah dan tarbiah. Baru kau akan jadi kuat! Baca tulisan saya tentang "Nak pilih jemaah ap?" di SINI.

Bila kau nak jadi baik, kau kena duduk bersama-sama orang yang sama-sama dengan kau nak jadi baik!

Lagi satu, jangan duduk sorang-sorang. Bahaya beb. Banyakkan bersama orang, pergi tolong mak ayah ke, duduk dengan adik beradik ke, atau pergi program tarbiah ke, duduk surau ke, riadhah ke. Jangan duduk sorang-sorang. Perangkap setan tuuu.

4) DENDA DAN HUKUM DIRI SENDIRI.

Bila kita buat satu kejahatan, kita kena BALAS dengan denda diri kita untuk buat kebaikan. Hatta, itulah yang nabi suruh! Nabi suruh kita susuli kejahatan dengan kebaikan. Kerana, kebaikan yang kita buat tu akan menghapuskan dosa kita.

Contoh, kalau kita ada mengumpat kawan kita. So, kita menyesal. Maka, kita kena balas dengan kebaikan, iaitu, kita CERITAKAN kebaikan kawan kita tu kepada ramai orang.

 Kalau kita ada ejek kawan kita, maka kita balas dengan memuji dan menghormatinya.

Kalau kita asyik baca novel-novel cinta atau cerita lucah, maka, balaslah dengan baca Alquran, baca hadis, baca sirah nabi dan lain-lain.

Kalau kita derhaka dan kurang ajar dengan mak ayah, maka, balaslah dengan buat baik pada mak ayah kita dengan bersungguh-sungguh.

Ini namanya “memanipulasikan syaitan”. Boleh baca tulisan saya berkenaan betapa BERHASILNYA cara ini di SINI.

5) BACA QURAN, DOA DAN ZIKIR.


Biasanya, kita akan rasa nak buat maksiat ni bila hati kita KOSONG, tengah boring, rasa tak tenang dan sebagainya. Di sebabkan tu, ada orang yang entah apa pasal, dia pergi buat maksiat untuk menenangkan hati dia. Apa daaa…

Ada ke patut, time stress, pergi tenangkan diri dengan lagu Justin bieber, one direction, kpop dan lain-lain? Bila bosan, pergi tengok movie…Jangan syeikh, jangan!

“Maksiat takkan membuatkan kau hilang dahaga. Maksiat akan membuatkan kau bertambah HAUS! Kepuasan, hanya apabila kau dapat puaskan Allah dengan amal!”

Sebab tu, ada hadis bagitahu, SEKURANG-KURANGNYA, kit abaca sehari 10 ayat quran. Kalau tak, kita akan di kategorikan sebagai orang yang LALAI! Isilah hati tu. Isilah dengan quran dan zikir.

Kalau kau tak hafal zikir-zikir yang complicated, simple-simple je.  Setiap hari:

Istighfar 100 kali.
Subhanallah Alhamdulillah Lailahaillah Allahu akbar 100 kali.
Allahumma solli ala Muhammad 100 kali.

Tak sampai 10 minit pun beb. Buat beb. Kau akan rasa puas beb. Serius. Takde maknanya nak tipu. So, bila hati kita dah DI ISI, bila hati kita TAK KOSONG, barulah kita ada kekuatan untuk tepis godaan!

Sungguh!

And, doalah hari-hari, sungguh-sungguh. Berapa kali kau doa untuk Allah bagi kau hidayah? Berapa banyak kali kau doa untuk Allah bagi kau kekuatan untuk berubah? Berapa kali kau doa supaya Allah beri kau kemanisan iman, kemanisan dan keghairahan dalam beribadah, doa agar di beri kekuatan dan perasaan benci dan geli serta tak selera dengan maksiat? Berapa kali?

Tulah, tak habis-habis time doa, asyik doa pasal jodoh bagai. Mana hati tak rosak? Sikit-sikit doa:

"Ya Allah, bagilah Farah suka aku..Satukanlah hati aku dengan dia..Andai jodoh bla bla bla..."

Apa daaa....Jangan macam tu beb. Time doa, ingatlah Allah. Bukan ingat crush kau.

***

So, inilah 5 tips macamana nak KUAT dan istiqomah dalam perubahan. Cubalah. Macam saya hurai kat atas tadi, sampai bila nak bagi alasan beb? Hendak 1000 daya, tak nak 1000 dalih. Nak skor exam, tapi tak belajar, ‘harapan’ la nak berjaya…

“Sesungguhnya, Allah takkan UBAH sesuatu kaum, andai dia tak UBAH apa yang ada padi DIRI MEREKA sendiri!”
(Arra’du ayat 13)

Sampai bila nak beralasan dan merungut beb?

Wallahua’lam.

http://www.tarbiahsentap.com/2014/09/5-cara-nak-kuat-untuk-berubah.html

No comments:

Post a Comment