DI Usia 54 Tahun - Aku Ingin Menulis Sesuatu

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيم

Rakaman kenangan manis semasa bergelar Duyafur Rahman selama lebih kurang 43 hari di Tanah Suci Mekah dan Madinah sentiasa menggamit semula niat ku yang telah sekian lama tertunda.Sejak berada di Tanah Suci lagi telah tersemat niat dan tekad untuk merakamkan catatan berkaitan ibadah haji dan hari-hari yang dilalui bermula dari kursus haji yang dijalani semasa di tanah air,menjejakkan kaki di Tanah Suci Madinah,Tanah Suci Mekah, Arafah,Mudzalifah, Mina,Jeddah dan berangkat pulang ke tanah air semula.

Kekangan masa dengan tugasan seharian menjadi alasan utama ianya tertunda sekian lama.Namun semoga dikali ini aku akan dapat bermula dengan baik dan menyudahkannya dengan sesempurna yang mampu.Semoga akan sama-sama dapat kita manfaati tulisan ku ini sebagai info tambahan mengenai ibadah haji.

Syukur tak terhingga di atas nikmat Nya di tahun 2010 lalu.Ketika usia mencecah hampir setengah abad aku dikurniakan peluang keemasan itu.Bersama-sama jutaan ummah Islam aku dan isteri berada di sana - seakan mimpi ketika pertama kali berada di sana.Kiranya kenyataan itu telah menjadi takdir untuk ku dan isteri untuk menunaikan dan melengkapkan Rukun Islam - syukur Ya Allah kerana sebelum nafas ini berakhir,Kau izinkan aku dan isteri melengkapkan tuntutan rukun agama Mu - Alhamdulillah!

Tidak terlintas sekuman pun dihati untuk riak @ ujub hanya sekadar mahu bercerita apa yang dirasa dan dialami semasa berada di Tanah Suci buat tatapan hari esok atau renungan panduan buat anak cucu generasi mendatang ku.

Insha Allah dengan sedikit kebolehan menulis yang ada pada entri yang mendatang aku akan mula bercerita dan sekiranya anda pembaca ada teguran atau komen yang mahu dikongsi bersama,silakanlah kerana adDin nu Nasihah.

Eh! Eh! aku nak jadi penulis plak ker? ....... why not ???

Semoga impian ini akan tercapai jua di penghujung usia sebelum menutup mata selamanya buat mewariskan sesuatu sebagai ingatan kepada generasi yang akan ku tinggalkan.

Titipan tinta minda dari hati kecil ini yang mahu berbicara besar demi untuk menyahut seruan "sampaikanlah apa yang kamu dapat daripada ku (Rasulullah saw) walau pun ianya hanya satu ayat"  

Comments

Popular posts from this blog

FADHILAT DAN KHASIA SURAH EMPAT QUL

KHASIAT AIR KETUM

Khasiat Pokok Lidah Ayam