WASIAT ASSYAHID IMAM HASSAN ALBANNA


Sedih melihat banyaknya pertelingkahan antara sesama Islam termasuk mereka yang berada dalam jalan dakwah. Kita sering lupa adab apabila kita berbeza. Tiba-tiba teringat kembali perkara-perkara yang sering diulang-ulang dalam usrah masa saya muda dulu iaitu wasiat Hassan Al-Banna. 

10 Wasiat Asyahid Hasan Al-Banna kepada penggerak dakwah : 

1. Bangunlah segera untuk melakukan sholat apabila mendengara adzan walau bagaimanapun keadaanmu. 
2. Baca, Telaah dan dengarkan Al-Quran atau dzikirlah kepada Allah dan janganlah engkau membazirkan waktumu dalam menyelesaikan masalah yang tidak bermanfaat.
3. Bersungguh-sungguhlah untuk bisa berbicara dalam bahasa Arab dengan fasih. Jangan memperbanyak perdebatan dalam pembicaraan sebab ia tidak akan mendatangkan kebaikan. 
4. Jangan banyak tertawa sebab hati yang selalu berkomunikasi dengan Allah (dzikir) adalah tenang dan tenteram. 
5. Jangan banyak bergurau karena umat yang berjihad tidak berbuat kecuali dengan bersungguh-sungguh. 
6, Jangan mengeraskan suara di atas suara yang diperlukan pendengar, karena hal ini akan mengganggu dan menyakiti orang yang mendengar. 
7. Jauhilah dari membicarakan keburukan orang lain atau pertubuhan lain atau melukai perasaan orang lain dalam bentuk apapun. 
8. Usah berbicara kecuali yang baik. 
9. Berta’aruflah dengan saudaramu yang kalian temui walaupun dia tidak meminta, sebab prinsip dakwah kita adalah cinta dan ta’awun (kerja sama). 
10. Pekerjaan rumah kita sebenarnya kesuntukan waktu, maka manfaatkanlah waktu yang ada dan apabila kalian mempunyai sesuatu keperluan maka sederhanakanlah dan percepatlah untuk diselesaikan. 

Pesannya lagi: 

“Wahai Ikhwan Muslimin, terutamanya mereka yang bersemangat dan tergesa-gesa di kalangan kamu… Jalan kamu ini telah pun dilakarkan perancangan-perancangannya dan diletakkan batas-batasnya. Aku tidak akan menyalahi batas-batas tersebut yang telah memberi keyakinan kepadaku bahawa ia adalah jalan yang paling selamat untuk sampai ke destinasinya. Benar, boleh jadi ia adalah jalan yang panjang namun di sana tiada lagi jalan selainnya. 

Kejayaan hanya lahir dengan kesabaran, tabah, serius dan amalan yang berterusan. Barang siapa di kalangan kamu hendak mempercepatkan buah sebelum ia masak atau bunga sebelum ia mekar, maka aku tidak bersamanya dalam keadaan ini biar apapun keadaaannya. Adalah lebih baik baginya berundur diri dari dakwah ini dan menyertai dakwah-dakwah yang lain. Barangsiapa yang bersabar bersamaku sehingga bercambahnya benih, tumbuhnya pokok, masaknya buah dan sampai ketikanya untuk dipetik maka pahalanya adalah urusan Allah. Kami dan ia tidak akan terlepas ganjaran orang-orang yang baik sama ada kemenangan dan ketuanan atau syahid dan kebahagiaan. 

Wahai Ikhwan Muslimin: Pakaikan gelojakan emosi kamu dengan pertimbangan akal, sinarilah akal kamu mengatasi nyalaan emosi, janganlah kamu cenderung berlebihan nescaya kamu akan menjadikannya tergantung tanpa bertali. Janganlah kamu menyalahi aturan alam kerana ia pasti akan menang (mengalahkan kamu) sebaliknya atasilah emosi kamu dan gunakannya serta ubah gelombangnya. Gunalah kedua-duanya (emosi dan akal), nantilah saat-saat kemenangan sesungguhnya ia tidak jauh dari kamu. 

Pengalaman dahulu dan sekarang membuktikan bahawa tiada kebaikan melainkan jalan kamu yang baik, tiada hasil melainkan bersama perancangan kamu yang baik dan tiada kebenaran melainkan dalam apa yang kamu lakukan dengan baik. Janganlah kamu leka dengan kesungguhan kamu dan janganlah kamu memperjudikan riak-riak kemenangan kamu.” 

Pesan Imam Hasan Al-Banna masih relevan. Anak-anak muda yang bergiat dalam jalan dakwah perlu faham bahawa kita baru saja melewati zaman yang dipanggil ledakan informasi. Kita lemas apaila tidak pandai berenang di dunia informasi itu. 

Di depan kita kini adalah zaman yang dipanggil, 'The Age of Inteligence." Iaitu zaman Bijak. Ummah akan hancur sekiranya anak muda tidak bersedia. Anak muda kita akan tenggelam dalam Zaman Bodoh sekiranya kita gagal mebawa mereka ke Zaman Bijak itu. 

Perpecahan jemaah adalah suatu malapetaka ummah. Taksub kepada kumpulan akan menutup minda, membunuh jiwa merdeka dan menghiris ukhwah sebenar sesama seagama. Kita tidak mengejar 'group victory' tetapi membina 'ummatic victory'. Apakah bukan dosa namanya berlaku tidak adil kepada rakan seagama dengan mengenepikan mereka yang berlainan fikrah semata-mata dia dari jemaah berbeza. Kita terlalai dari memahami erti sebenar taaruf dan ukhwah. Daawah itu inclusive bukan exclusive. Kita mendekati bukan membina jurang. Kita lupa wahdatul aqidah lebih utama dari wahdatul fikr. Jemaah yang berbagai nama itu hanya uslub, tunjangnya adalah shariat. Berbaik sangka, mencintai sahabat itu termasuk dalam shariat dan berdosa jika dilanggar.

sumber : http://martinellihashim.blogspot.com/2011/11/pesan-hasan-al-banna.html

Comments

Popular posts from this blog

FADHILAT DAN KHASIA SURAH EMPAT QUL

KHASIAT AIR KETUM

Khasiat Pokok Lidah Ayam