Thursday, June 11, 2015

ANDA PASTI TIDAK LAGI BUANG BIJI KURMA SELEPAS BACA ARTIKEL INI

Alhamdulillah. Ramadan Al Mubarak bakal tiba hanya beberapa hari lagi. Sudah tentu ramai yang tidak sabar menantikan bulan yang cukup mulia untuk semua umat Islam itu.

Anda pasti tidak lagi buang biji kurma selepas baca artikel ini – Indahnya bulan Ramadan memang sukar digambarkan. Kita boleh bersahur, beruasa, berbuka puasa dan solat Terawih berjemaah mahupun bersendirian dirumah. Lagi satu, kalau bulan ramadan ini memang kita tidak akan lekang dengan Kurma atau Tamar.


Kurma adalah buah ajaib, kecil pada saiznya namun jika diambil secara konsisten setiap hari, ianya adalah makanan terbaik buat kita umat manusia. Kurma kaya dengan Glukos kerana itu ianya amat sempurna untuk tenaga berpanjangan sepanjang hari.

Tapi ramai yang tidak tahu mengenai khasiat sebenar biji kurma. Biasanya kalau kita makan buah kurma, bijinya akan kita buang begitu sahaja. Jadi pada post kali ini ammboi tertarik untuk berkongsi ilmu mengenai biji kurma.


Biji kurma sangat banyak khasiatnya, untuk kulit dan juga boleh dibuat minuman seperti kopi. Jadi, jika anda makan kurma, jangan terus membuang bijinya. Simpan dan kumpul. Berikut adalah langkah demi langkah memproses biji kurma.


Cara cara memproses biji kurma:

Basuh biji kurma dan tos kering.

Taburkan di atas dulang atau penutup periuk dan jemurkan seharian.

Gorengkan biji kurma tanpa menggunakan minyak, goreng sehingga hangus pastikan biji kurma hitam legam, pada ketika ini biji kurma akan mengeluarkan bau harum dan sangat wangi persis biji kopi!

Tumbuk dengan batu lesung atau kisar dengan menggunakan pengisar kering (jangan risau kerana tekstur biji kurma sudah garing dan tidak keras).

Simpan di dalam botol kaca dan boleh digunakan dengan jangkamasa yang lama.
Berikut adalah Buku Islamic Medicine The Key To A Better Life hasil tulisan dan kajian Yusuf Al Hajj Ahmad membicarakan secara terperinci mengenai KURMA.


Apa kebaikannya yang terkandung dalam biji kurma?
Sebagai minuman penganti kopi, warnanya tidak segelap kopi tapi rasanya seakan akan kopi. Ianya memberi tenaga baik pada peminum

Anda juga boleh menggunakan serbuk biji kopi untuk membuat perapan daging dicampur dengan pelbagai rempah ratus dan Subhanallah perapan daging amat amat lembut

Digunakan sebagai scrub badan (saya akan kongsikan tips scrubbing dengan anda pada post yang lain). Gabungan scrub biji kurma dengan #pevoo dan #madu akan membuatkan kulit badan anda selembut baby!

Natural? yes and safe!

Jika anda mengalami masalah keguguran rambut yang serius dan kronik sehingga menyebabkan anda BOTAK!!! maka inilah natural remedy atau cara semulajadi untuk mengaktifkan sel kulit kepala yang sudah mati. Amalan menyapu biji kurma dicampur dengan Minyak Zaitun.

Ramallah Extra Virgin PEVOO, maka hasilnya adalah TERBAIK. Penggunaan secara Konsisten setiap hari sebelum tidur اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ akan membuatkan sel kulit kepala yang bermasalah kembali sihat dan anak anak rambut kembali keluar dengan sihat!!!

Masya ALLAH, tidaklah ALLAH SWT menyebut sesuatu yang baik di dalam AL QURAN jika tidak mendatangkan kebaikan dan barakah pada semua Umat Manusia Apa yang penting, YAKIN, TAWAKAL dan ISTIQOMAH! 

Live and Love Sunnah.

sumber : [Munirah]

No comments:

Post a Comment