Thursday, July 30, 2015

Doa dan Amalan untuk Menyembuhkan Rabun Mata

Doa dan amalan untuk menyembuhkan rabun mata ini asalnya dikongsikan oleh Ustaz Muhammad Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin di laman youtube beliau.

Menurut ustaz Amin, doa ini beliau dapat semasa menziarahi ulama di Makkah. Kami kongsikan semula di sini supaya semua mendapat manfaat dan kebaikan dari perkongsian doa ini insyaAllah.

Amalan ini mesti dibuat setiap kali solat Fardhu

Caranya:

Rapatkan dua jari seperti gambar di bawah


- Selawat 3 kali – Allahumma solli ‘ala muhammad wa ‘ala ali muhammad

- Baca 3 kali ayat ini – la ilaha illallah nurul ‘ain muhammadur rasulullah qurratu ‘ain

- Tiupkan pada jari dan gosokkan sendi jari pada mata dari dalam ke luar


gosokkan sendi jari

Kemudian baca lagi pada jari Surah Qaf ayat ke 22 (mula dari fakasyafna…)

dan sapukan pada mata sekali lagi.

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
فَكَشَفۡنَا عَنكَ غِطَآءَكَ فَبَصَرُكَ ٱلۡيَوۡمَ حَدِيدٌ۬

Maksudnya : maka kami(Allah) singkapkan daripada engkau(manusia) tabirmu penutupmu lalu pandanganmu pada hari menjadi tajam.

Menurut ustaz, seorang yang memakai cermin mata selama 30 tahun telah mengamalkan doa dan amalan ini Alhamdulillah dalam masa 6 bulan power cermin matanya 600 kedua -dua belah telah turun dan boleh melihat tanpa menggunakan cermin mata.

Video lengkap doa dan amalan untuk menyembuhkan rabun mata boleh dilihat di bawah.


sumber : http://www.ohsempapa.com/petua-kesihatan/doa-dan-amalan-untuk-menyembuhkan-rabun-mata/

No comments:

Post a Comment