Posts

Showing posts from August, 2015

REHLAH HAJI 1431H / 2010M

Image
Jumaat 03.12.2010 / 26 Zulhijjah 1431 - menjejakkan kaki semula di KLIA setelah 46 hari bergelar 'DUYUFUR AL-RAHMAN'  hari-hari dalam kehidupan selepasnya .... cabaran iman buat ku

REHLAH HAJI 1431H / 2010M

Image
# Isnin 18.10.2010M = 10 Zulkaedah 1431H.Mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Madinah dan azan zohor 19.10.2010 / 11 Zulkaedah 1431H berkumandang ketika berbaris di kaunter Imigresen.

PERJALANAN BLOG KU BERSAMA ASMAUL HUSNA

WOW! - MENGEJUTKAN! KURMA HARGANYA MURAH TAPI KALAHKAN UBAT DOKTOR, INI BUKTINYA

Image
Sepertimana yang kita tau dimana kurma merupakan sejenis buah-buahan yang tidak asing lagi bahkan cukup sinonim dengan masyarakat Muslim seantero dunia. Amalan memakan buah kurma merupakan suatu sunnah yang diamalkan oleh Rasulullah s.a.w sebagaimana yang terdapat dalam hadith-hadith. Antaranya ialah: Diriwayatkan dari Anas bin Malik yang berkata: “Adalah Nabi (SAW), tidak berangkat menuju musolla kecuali baginda memakan beberapa biji kurma, dan baginda memakannya dalam jumlah bilangan ganjil.” (Riwayat: Al-Bukhari dan Muslim). Diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a., Rasulullah SAW berbuka puasa dengan beberapa biji kurma yang segar sebelum menunaikan solat (Maghrib). Sekiranya tidak ada kurma yang segar, baginda akan berbuka dengan kurma kering. Jika tidak ada juga kurma kering, Baginda mengambil beberapa cedok air. (Riwayat Abu Daud dan Tirmizi). Abu Daud dan Tirmizi meriwayatkan daripada Sulaiman bin Amir bahawa Rasulullah SAW bersabda: Apabila seorang di antara k...

RAHSIA MEMBACA AL-QURAN

Image
1. Setengah orang alim berpendapat bahawa membaca Al-Quran merupakan cara yang paling mujarab untuk memperkuatkan ingatan dan memudahkan hafalan. Bahkan inilah kaedah yang paling utama. Kata-kata hikmah Arab menegaskan “Tiada sesuatu yang lebih menguatkan ingatan seseorang selain daripada membaca Al-Quran dengan melihat (mashaf Al-Quran).” 2. Seorang cendiakawan Islam pernah berkata, “Orang yang mengamalkan membaca Al-Quran akan sentiasa sihat akalnya walaupun dia berumur 200 tahun.” “Jarang berlaku orang yang konsisten (selalu) membaca Al-Quran pada setiap hari, menjadi nyanyuk apabila telah tua. Juga, mereka tidak perlu memakai cermin mata.”. 3. Kesan membaca Al-Quran dari segi kesihatan amat besar. Dengan membaca Al-Quran secara automatiknya anda melakukan senaman muka, leher, kerongkong dan fikiran. 4. Al-Quran pun merupakan sejenis ‘nyanyian’ kerana Rasullullah s.a.w. menyuruh umatnya membaca dengan berlagu, atau dengan kata lain, dengan menyanyi. Apabila seseorang itu bernyan...

TEMPAT SUJUD MALAIKAT JIBRIL A.S. DI HADAPAN KAABAH

Image
Lebihkurang 1 depa ke sebelah kanan pintu Kaabah terdapat satu susunan marmar coklat kemerahan tanda untuk mengabadikan lokasi Jibril AS semasa mengimamkan Rasulullah SAW selepas turunnya perintah solat dalam peristiwa Isra' Mikraj. Jibril AS turun sebanyak 10 kali yakni 5 kali di awal waktu dan 5 kali lagi di akhir waktu untuk mengajar sempadan masa solat.Ia sebagai perincian kepada keterangan firman Allah SWT di dalam Al-Quran yang mengkehendakki kta solat di waktu malam,siang dan fajar.Penegasan ini sesuai dengan solat sebagai tiang agama yakni Rukun Islam yang kedua selepas syahadah. Lazimnya Imam Masjidil Haram akan mengambil barakah lokasi ini semasa mengimamkan jemaah solat waktu. Ada Duyufur Rahman yang mrnceritakan semerbaknya tempat sujud Jibril AS ini ketika solat di situ.Alangkah bertuahnya dan amat beruntung tetamu Allah itu sumber : http://ollymoss.co.uk/foto-tempat-sujud-solat-malaikat-jibril-di-pintu-kaabah-kini-terbongkar/

40 MANFAAT SHOLAT BERJAMAAH DI MASJID

Image
Manfaat ke–1 : Mematuhi Perintah Allah Allah berfirman, “Dan dirikanlah shalat, tunaikanlah zakat, dan ruku'lah bersama orang-orang yang ruku'.” (Al-Baqarah: 43). Manfaat ke–2 : Sebagai Saksi Keimanan Allah berfirman, “Hanyalah yang memakmurkan masjid-masjid Allah ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari kemudian,serta tetap mendirikan sholat,menuaikan zakat dan tidak takut (kepada siapa pun) selain kepada Allah,maka merekalah orang-orang yang diharapkan termasuk golongan orang-orang yang mendapat  petunjuk. (At Taubah: 18). Manfaat ke–3 : Mendapatkan Tazkiyah (Pernyataan Kesucian) dan Anugerah Besar dari Allah Allah berfirman, “Bertasbih kepada Allah di masjid-masjid yang telah diperintahkan untuk dimuliakan dan disebut namaNya di dalamnya,pada waktu pagi dan waktu petang, laki-laki yg tidak dilalaikan oleh perniagaan dan tidak (pula) oleh jual beli dari mengingat Allah,mendirikan shalat dan membayarkan zakat.Mereka takut pada suatu hari yang (di hari itu) ...

KEHEBATAN KESAN BACAAN AL-QURAN PADA SARAF OTAK DAN ORGAN MANUSIA

Image
Subhan Allah! Seorang Doktor di sebuah klinik di Florida Amerika Syarikat iaitu Dr. Al Qadhi, melalui penelitiannya yang panjang dan serius telah berjaya membuktikan hanya dengan mendengar bacaan ayat-ayat Al-Quran, seorang Muslim baik mereka yang fasih berbahasa Arab ataupun bukan, dapat merasakan perubahan fisiologi yang sangat besar. Bunyi yang bergerak dari telinga ke otak akan memberi kesan kepada sel-sel otak. Saintis baru-baru ini mendapati bahawa bunyi dari bacaan Al Quran mempunyai kuasa penyembuhan yang menakjubkan. Membaca Al-Quran mempunyai kesan menakjubkan pada sel-sel dan mampu mengembalikan keseimbangan mereka, otak adalah organ yang mengawal badan dan daripadanya perintah datang ke seluruh organ-organ badan terutama sistem imun. Penurunan kemurungan, kesedihan, memperoleh ketenangan jiwa, mengubati berbagai macam penyakit merupakan pengaruh umum yang dirasakan oleh orang yang terlibat dalam penyelidikan beliau. Penemuan doktor psikologi ini tidak menentu. Pe...

SEJARAH AL-QURAN

Image
Antara peristiwa agung dalam sejarah umat Islam di bulan Ramadhan ialah turunnya kitab suci Al-Quran atau disebut Nuzul al-Quran. Ia dirakamkan dalam Al-Quran, melalui firman Allah yang bermaksud: “Ramadhan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan yang menjelaskan petunjuk dan menjelaskan perbezaan antara yang benar dan yang salah.” (Surah al-Baqarah, ayat 185) Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, di Gua Hira’ tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad saw. Al-Quran merupakan mukjizat yang paling besar yang dikurniakan kepada Nabi saw. Kita hendaklah beriman dan mempercayai isi kandungan al-Quran. Beriman dengan al-Quran merupakan salah satu daripada Rukun Iman. Erti Nuzul al-Quran ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah, iaitu berpindah dari tempat sebelah atas ke tempat di sebelah bawah. ‘Al-Quran’ pula bermaksud bacaan atau himpunan. Ia dikatakan sebagai bacaan kerana al-Quran itu untuk diba...

FADHILAT TADARUS DAN TADABUR AL-QURAN

Image
Rasulullah SAW bersabda "Siapa yang membaca 100 ayat pada satu malam dituliskan baginya pahala shalat sepanjang malam" HR Ahmad dan disahihkan di dalam Kitab Shahih Al-Jami' no. 6468 Rasulullah shallaAllahu `alaihi wa sallam bersabda, "Perumpamaan orang mukmin yang membaca Al-Quran adalah seperti bunga utrujjah, baunya harum dan rasanya lazat. Orang Mukmin yang tidak membaca Al-Quran adalah seperti buah kurma, baunya tidak begitu harum, tapi manis rasanya. Oorang munafiq yang membaca Al-Quran ibarat sekuntum bunga, berbau harum, tetapi pahit rasanya; dan orang munafiq yang tidak membaca Al-Quran, dia tak ubah seperti buah hanzalah, tidak berbau dan rasanya pahit sekali." (HR Bukhari) “Sesiapa yang membaca satu huruf daripada kitab Allah, maka untuknya diberi satu hasanah (kebaikan) sebagai ganjaran bagi huruf itu dan satu hasanah adalah sama dengan sepuluh pahala. Aku tidak berkata (alif, lam, mim) sebagai satu huruf tetapi alif adalah satu huruf, lam adala...