TEMPAT SUJUD MALAIKAT JIBRIL A.S. DI HADAPAN KAABAH
Lebihkurang 1 depa ke sebelah kanan pintu Kaabah terdapat satu susunan marmar coklat kemerahan tanda untuk mengabadikan lokasi Jibril AS semasa mengimamkan Rasulullah SAW selepas turunnya perintah solat dalam peristiwa Isra' Mikraj.
Jibril AS turun sebanyak 10 kali yakni 5 kali di awal waktu dan 5 kali lagi di akhir waktu untuk mengajar sempadan masa solat.Ia sebagai perincian kepada keterangan firman Allah SWT di dalam Al-Quran yang mengkehendakki kta solat di waktu malam,siang dan fajar.Penegasan ini sesuai dengan solat sebagai tiang agama yakni Rukun Islam yang kedua selepas syahadah.
Lazimnya Imam Masjidil Haram akan mengambil barakah lokasi ini semasa mengimamkan jemaah solat waktu.
Ada Duyufur Rahman yang mrnceritakan semerbaknya tempat sujud Jibril AS ini ketika solat di situ.Alangkah bertuahnya dan amat beruntung tetamu Allah itu
sumber : http://ollymoss.co.uk/foto-tempat-sujud-solat-malaikat-jibril-di-pintu-kaabah-kini-terbongkar/
Comments
Post a Comment