ADAB MAKAN KISMIS

JANGAN LAKUKAN KESILAPAN INI KETIKA MAKAN KISMIS
Kismis adalah makanan berkhasiat untuk menguatkan ingatan kerana zat-zat di dalamnya boleh membekalkan tenaga yang diperlukan oleh otak.
Ramai yang tidak tahu cara makan kismis yang betul dan teratur. Ada yang makan macam makan nasi. Ada yang makan macam makan kacang. Semua ini adalah cara makan kismis yang tidak betul.
Ini kerana terdapat kandungan gula yang tinggi di dalam kismis. Jadi, ia perlu diambil dengan kaedah yang betul agar anda mendapat khasiat yang benar-benar diperlukan oleh otak.
Berikut adalah langkah demi langkah untuk makan kismis:
1. Menghadap kiblat
2. Membaca bismillah dan berselawat ke atas Nabi sebanyak 3 kali
3. Membaca doa penerang hati
4. Ambil sebiji kismis, kemam seperti makan gula-gula. Ini untuk mendapatkan zat kismis daripada rasa manis kismis itu.
5. Teruskan pengambilan sebanyak sebiji-sebiji sehingga 21 biji setiap hari.

Insya-Allah, ingatan kita akan bertambah kuat dengan amalan ini.

Comments

Popular posts from this blog

FADHILAT DAN KHASIA SURAH EMPAT QUL

KHASIAT AIR KETUM

Khasiat Pokok Lidah Ayam