HIDAYAH MILIK ALLAH
HIDAYAH YANG ALLAH BERIKAN PADA KITA...
BUKAN MILIK KITA SEORANG, TETAPI MILIK SEMUA ORANG
Apabila jiwa kita telah Allah miliki, pastinya akan terdetik taubat dan hati mula mengamalkan amar makruf nahi munkar, sayangkan Allah pada kita? Suka kepada sesuatu yang baik itu petanda Allah gerakkan hati kita untuk berubah dan berdoalah agar dipertemukan dengan insan yang boleh membimbing kita rajin membaca ilmu daripada Allah agar semakin bercambah cinta dan sayang kita kepada Allah. Jangan malu ketika pada awal ingin berubah menjadi baik kerana yang "baru" itu lebih hebat gerakannya daripada orang yang sudah selesa dengan keadaannya.
Saya bukanlah manusia sempurna yang tak ada buat salah langsung. Kita sesama manusia kena sentiasa saling mengingati. Kita lupa orang ingatkan. Orang lupa kita ingatkan. Tu guna ada keluarga, kawan-kawan. Benda-benda yang saya post tu. Kalau rasa ada yang tak kena dan salah. Minta maaf sangat. Kita manusia berusaha menjadi lebih baik hari demi hari. Siapa tak nak redha Allah kan?
Ya Allah, bila cakap pasal kiamat. Takut sangat. Tapi bila entah diri ini nak berubah. Agar kita semua dalam redha Ilahi..Aamiin. Kita terlampau cintakan dunia. Sampai lupa akhirat. Dunia ni buatkan kita lalai. Padahal kita nak hidup selamanya kat akhirat nanti. Dunia ni sementara je. Macam mana agaknya cara kita meninggal dunia nanti? Macam mana cara kita hadap Allah nanti? Dah bersedia ke kita? Amalan ni dah cukup ke? Neraka atau syurga? Kita manusia akhir zaman. Ya Allah. Semoga kita sentiasa dalam redha Ilahi.
Semoga akhir nafas kita dalam keadaan beriman. Bukan dalam keadaan sedang lakukan murka Allah. Ingat, Hidayah milik Allah. Jangan putus asa menasihati antara satu sama yang lain. Kalau orang tak dengar pun tak apa. Allah tahu apa kita buat. Kalau nak cakap, saya ni belajar tinggi sangat ke. Dah bagus sangat ke pasal agama. Biarlah Allah sahaja yang tahu. Kalau salah. Tolong tegur. InsyaaAllah. Saling menasihati. Salah boleh kita baiki.
Hidayah yang Allah berikan pada kita bukan milik kita seorang tapi milik semua orang. Semoga kita sama-sama menjadi ‘penjual wangian’ yang bias memercikkan wangian kepada insan-insan lain agar turut merasai wanginya ‘haruman’ itu iaitu haruman syurga. Biarlah dunia tempat kita berpenat. Akhirat tempat kita berehat
Sumber : FB Rilek Santai
Sumber : FB Rilek Santai
Comments
Post a Comment