PRBAIKI DIRI DAN SERULAH ORANG LAIN
Dinihari ketika ini alam sekeliling masih disirami oleh curahan air hujan yang sejak siangnya turun.Sekejap lebat sekejap gerimis namun yang pastinya hati si penoreh getah pasti gundah gulana.Memikirkan besok tidak dapat meneruskan usaha biasa mencari rezeki di pohon-pohon getah dan di waktu yang sama keperluan kehidupan menagih untuk dipenuhi.Belanja wang saku anak-anak ke sekolah bukan lagi seperti dahulu.Bukan lagi seperti sebelum era rakyat didahulukan.Bahana GST tetap terasakan.Gasak Sampai Terlungkup.
Pesawah merenung batas-batas sawah yang mula menghilang dan semakin kelihatan seperti terbentang luas sebuah lautan baru bila paras air semakin meningkat bertakung di petak-petak sawah.Usaha pertanian diancam lagi oleh faktur alam!
Iya ker faktur alam ??? atau sudah bercampur aduk dengan bala bencana ??? Pabila banyaknya kerosakan yang dilakukan oleh umat manusia lalu merenggut rahmat tuhan dan menggamit bencana alam @ peringatan dari tuhan untuk hamba-hamba Nya.
Bukankah pemerintahan yang zalim,tidak memperdulikan perit hidup rakyat itu juga satu bala ???
Aku tak tahu kemana nak dihalakan jari telunjuk menyalahkan sesiapa.Pemimpin atau rakyat yang memilih pemimpin itu lalu mencatur secara rela atau pun paksa kemungkaran menjadi hidangan kehidupan seharian.Seorang ahli politik Amerika Syarikat pernah berucap `jangan salahkan pemimpin yang `tak guna (worst)' tapi salahkan rakyat yang memilih (mengundi) pemimpin yang `tak guna' itu.
Bukankah pemerintahan yang zalim,tidak memperdulikan perit hidup rakyat itu juga satu bala ???
Aku tak tahu kemana nak dihalakan jari telunjuk menyalahkan sesiapa.Pemimpin atau rakyat yang memilih pemimpin itu lalu mencatur secara rela atau pun paksa kemungkaran menjadi hidangan kehidupan seharian.Seorang ahli politik Amerika Syarikat pernah berucap `jangan salahkan pemimpin yang `tak guna (worst)' tapi salahkan rakyat yang memilih (mengundi) pemimpin yang `tak guna' itu.
Ngerinya ialah Rasulullah SAW tak mengaku umat,orang-orang yang menyokong dan memilih mereka-mereka sebegini dijadikan pemerintah.Kalau dah bukan umat Rasulullah SAW,terputus dari syafaat Beliau,mahu kemana kita nanti ???
Jika direnungkaji ciri-ciri pemimpin masa kini,dirujuk kepada pesanan Rasulullah SAW makanya,benarlah bahwa kita sedang meniti era akhir zaman.Menanti era pemerintahan yang adil saksama Imam Mahdi bersama Nabi Isa AS.
Di satu sudut melihat mewahnya kehidupan berbagai festival @ karnival yang di adakan menghidangkan kemeriahan kepada awam dan di segi yang lain tersentuh hati melihat tong-tong sampah awam kini menjadi rebutan di kunjungi oleh rakyat untuk melihat apa-apa bahan buangan yang boleh diambil untuk dijual sebelum diangkut oleh kenderaan majlis perbandaran.
Senario sebeginilah yang selalu membuatkan aku berfikir "majukah negara ku ini" ??? dan semakin majukah pemikiran awam bangsa ku untuk membuat pemilhan yang terbaik dalam pilihan raya yang akan datang nanti agar beroleh kembali peratusan yang semakin besar rahmat Illahi....
Sarat dalam kotak fikir ku ketika ini ialah hambatan hasil bacaan ku dari kitab Tanbihul Ghafilin karangan Abu Laits asSamarqandi tadi.
Surah asSaff ayat 2 "Wahai orang-orang yang beriman,mengapa kamu memperkatakan apa yang tidak kamu tidak melakukannya"
Surah alImran ayat 79 "....... jadilah kamu orang-orang yang beramal melaksanakan apa yang diajarkan kepada orang-orang dan apa yang kamu pelajari"
Surah alFatir ayat 28 "....... sesunggohnya yang benar-benar takut kepada Allah dari hamba Nya ialah orang-orang yang berilmu (alim)"
Tiga petikan ayat suci ini terkandung amaran dan peringatan dari Allah swt yang mengetuk kotak fikir ku lalu menerjah masuk kalimah `DAIE'
Antara tugasan utama kita dilahirkan adalah untuk mengerjakan apa yang disuruh oleh Allah swt dan meninggalkan apa yang dilarang Nya.Begitulah inti pati pengertian kehidupan kita sebenarnya di dunia ini mengikut landasan yang ditunjuk ajar oleh sunnah Rasulullah saw.
Menjadi suruhan Allah swt juga untuk kita "membantu mengembangkan ugama Allah ini di muka bumi ini" dan untuk itu kita mestilah bergelar DAIE @ PENDAKWAH.
Setiap orang mesti menjadi daie @ pendakwah dalam ruang litup masing-masing.Kalau tidak kita akan sebaliknya menjadi pemusnah agama dan mengundang kemurkaan Allah swt.Tugas berdakwah bukan hanya tugas mereka yang bergelar ustaz/ustazah atau tok-tok guru sahaja tetapi tugas kita semua termasuk aku (memperingati diri ku agar tak lupa!)
Mulakan dalam skop yang kecil berdasarkan ilmu yang ada lalu dipertingkatkan ilmu yang ada agar bertambah (kerana menuntut ilmu itu adalah wajib) lalu dikembangkan kepada lingkungan yang lebih luas dan akhirnya merata kepada masyarakat sekeliling.
Peringkat pertama : jom kita berdakwah kepada NAFSU kita dahulu agar kerja buat kita seharian adalah mengikut landasan syariat.Yakinlah bila kita berubah,alam sekeliling kita juga akan berubah!
Peringkat kedua : jom kita berdakwah kepada AHLI KELUARGA kita pula.Kepada isteri/suami dan anak-anak kita.Sama-sama bergandingan semua ahli keluarga untuk membentuk BAITI JANNATI
Keluarga adalah satu dari juzuk kecil dunia.Bila kita berjaya ditahap ini,langkah seterusnya untuk merata dalam masyarakat setempat bukan lagi suatu yang sukar untuk dilakukan kerana kita telah beroleh kekuatan dan rahmat Illahi.
Tertunai sudah satu tuntutan dan tersedia sudah satu jawaban untuk satu soalan yang akan ditanya di Padang Mahsyar nanti ...... Insha Allah!
Sesuatu yang bukan mudah tetapi bukan mustahil.Bukan persoalan mahu atau tidak tetapi ianya adalah kewajipan.Makanya ianya bukanlah satu pilihan untuk kita .... nak buat atau tak mau buat.Mesti kena buat.
Comments
Post a Comment