REBUTLAH PELUANG BERIBADAH PADA 10 HARI YANG MUBARAKAH (DIBERKATI).


قال الله تعالى :

"وَالْفَجْرِ وَلَيَالٍ عَشْرٍ." (سورة الفجر : ١-٢)

Firman Allah Taala yang bermaksud :

"Demi waktu fajar; dan malam yang sepuluh (yang mempunyai kelebihan di sisi Allah)." 

(Surah al-Fajr : 1-2)

Al-Imam Ibnu Kathir rahimahullah berkata :

والليالي العشر المراد بها عشر ذي الحجة كما قاله ابن عباس وابن الزبير ومجاهد وغير واحد من السلف والخلف.

Maksud sepuluh malam tersebut ialah sepuluh hari dalam bulan Zulhijjah sepertimana yang disebut oleh Ibnu 'Abbas, Ibnu az-Zubair, Mujahid dan bukan seorang di kalangan ulama Salaf dan Khalaf.

Sabda Rasulullah Sollallahu 'Alaihi Wa Sallam:

"Tiadalah hari yang dilakukan amal soleh pada hari tersebut lebih disukai oleh Allah daripada sepuluh hari pada bulan Zulhijjah.

Ditanya kepada Baginda: Sekalipun jihad di Jalan Allah?

Baginda menjawab : Sekalipun jihad di Jalan Allah kecuali seorang lelaki yang keluar dengan dirinya dan hartanya kemudian dia tidak kembali semula."

Hadith riwayat al-Imam al-Bukhari rahimahullah.

CADANGAN DAN SARANAN

Perbanyakkanlah amalan berikut sepanjang hari yang mulia ini :

1) Bertaubat kepada Allah
2) Mendirikan solat pada awal waktu dan secara berjemaah
3) Berqiyamullail
4) Beristighfar, berzikir dan berselawat
5) Membaca al-Quran
6) Berpuasa sunat khususnya Puasa Sunat Hari 'Arafah pada 9 Zulhijjah
7) Bersedekah
8) Hadir ke Majlis Ilmu
9) Berdoa untuk diri sendiri, ibu bapa, isteri / suami, anak-anak dan umat Islam.
10) Berkhidmat kepada keluarga dan rakan-rakan
11) Melakukan pelbagai amal kebajikan seperti menolong orang yang dalam kesusahan dan sebagainya.

BACA, AMAL DAN SEBARKAN.

Semoga bermanfaat untuk semua dan tersebar kebaikan.

"Ya Allah, taufiqkanlah kami untuk melaksanakan segala perkara yang Engkau sukai dan Engkau redhai."

الفقير إلى رحمة الله ومغفرته،
أبو عمار مدني،
عفا الله عنه وعن والديه وعن إخوانه وعن جميع المسلمين.

Semenyih, Selangor.
Ahad, 29 Zulkaedah 1436H - 13 September 2015

sumber : FB 
Dr Abu Anas Madani

Comments

Popular posts from this blog

FADHILAT DAN KHASIA SURAH EMPAT QUL

KHASIAT AIR KETUM

Khasiat Pokok Lidah Ayam