MUHASABAH DIRI : 7 NASIHAT DARI KUBUR UNTUK KU


Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Orang pintar ialah sesiapa yang memuliakan dirinya (berbuat baik) serta membuat persediaan untuk kehidupan selepas mati, sementara orang bodoh ialah sesiapa yang membiarkan dirinya mengikut hawa nafsu tetapi mengharapkan cita-citanya dikabulkan oleh Allah.” (Riwayat At-Tirmidzi)


7 Nasihat Dari Kubur

Aku adalah tempat yang paling gelap di antara yang gelap, maka terangilah aku dengan TAHAJUD.

Aku adalah tempat yang paling sempit, maka luaskanlah aku dengan SILATURAHIM.

Aku adalah tempat yang paling sepi, maka ramaikanlah aku dengan perbanyakan membaca AL-QUR’AN.

Aku adalah tempatnya binatang-binatang yang menjijikkan, maka racunilah ia dengan amal SEDEKAH.

Aku yang menyepitmu hingga hancur bilamana kamu tidak solat, bebaskan sempitan itu dengan SOLAT.

Aku adalah tempat untuk merendammu dengan cairan yang amat sakit, bebaskan rendaman itu dengan PUASA.

Aku adalah tempat Munkar dan Nakir bertanya, maka persiapkanlah jawapanmu dengan perbanyakkan mengucap Kalimah “LAILAHAILALLAH“.

7 nasihat dari kubur ni mengingatkan kita tentang persediaan untuk menghadapi kematian. Sesungguhnya mati itu pasti. Walaupun kita disarankan supaya sentiasa mengingati mati, tapi tak bermakna kita boleh meminta untuk mati.

Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Jangan sesekali seseorang daripada kamu bercita-cita hendak mati kerana sesuatu bencana yang menimpanya; kalau keadaan mendesaknya meminta mati, maka hendaklah ia memohon dengan berkata : Ya Tuhanku, hidupkanlah daku selagi hidup itu lebih baik bagiku, dan matikanlah daku apabila mati itu lebih baik bagiku.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Selain tu, 3 perkara dalam hidup yang perlu kita tahu.

3 Hal Dalam Hidup

Ada 3 hal dalam hidup yang tidak boleh kembali
– Waktu, Kata-kata dan Kesempatan

Ada 3 hal yang dapat menghancurkan hidup seseorang
– Kemarahan, Keangkuhan dan Dendam

Ada 3 hal yang tidak boleh hilang
– Harapan, Keikhlasan dan Kejujuran

Ada 3 hal yang paling berharga
– Kasih Sayang, Cinta dan Kebaikan

Ada 3 hal dalam hidup yang tidak pernah pasti
– Kekayaan, Kejayaan dan Mimpi

Ada 3 hal yang membentuk watak seseorang
– Komitmen, Ketulusan dan Kerja keras

Ada 3 hal yang boleh buat kita berjaya
– Tekad, Kemahuan dan Fokus

Ada 3 hal yang tidak pernah kita tahu
– Rezeki, Umur dan Jodoh

TAPI, ada 3 hal dalam hidup yang PASTI
– Tua, Sakit dan Kematian.

Semoga bermanfaat.

Comments

Popular posts from this blog

FADHILAT DAN KHASIA SURAH EMPAT QUL

KHASIAT AIR KETUM

Khasiat Pokok Lidah Ayam