NILAILAH SEKADAR MANA CINTAMU KEPADA ALLAH.

Saidina 'Abdullah bin Mas'ud Radhiayallahu 'Anhu pernah berkata :

"Sesiapa yang suka untuk mengetahui sejauh mana dia menyintai Allah, maka lihatlah sekadar mana keadaan dirinya dengan al-Quran.
Sesiapa yang cintakan al-Quran, dia akan menyintai Allah. Hal ini kerana al-Quran adalah kata-kata Allah."

Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah,

1) Sesiapa yang cintakan Allah, dia akan suka dan selalu membaca kata-kata Allah iaitulah al-Quran yang mulia.
2) Justeru, jadikanlah bacaan al-Quran sebagai rutin harian sebagaimana rutin harian kita membaca WhatsApp, Telegram, Facebook dan sebagainya.
3) Manfaatkanlah kemudahan aplikasi al-Quran di dalam smartphone dan pelbagai gajet yang boleh dibaca di mana-mana dan pada bila-bila masa dengan meraikan adab dan hukum yang berkaitan dengannya.

"Ya Allah, taufiqkanlah kami dan zuriat kami untuk sentiasa membaca al-Quran, memahaminya, menghayatinya dan melaksanakan isi kandungannya di dalam hidup kami."


Sabtu, 9 Safar 1437H - 21 November 2015.

Nota : Santapan Minda Ku
BORAK-BORAK KOSONG : DR KAMARU SALAM YUSOF
DEEN PRINTS (2015) : RM19.90

Comments

Popular posts from this blog

FADHILAT DAN KHASIA SURAH EMPAT QUL

KHASIAT AIR KETUM

Khasiat Pokok Lidah Ayam