JANGAN BERLENGAH-LENGAH !!
Seandainya tiba-tiba jer, kita tak boleh bangun pagi ini...???
"Ya Allah, aku dah mati? aku dah tak dapat nak buat apa. aku dah mati ya Allah.. aku tak sempat solat taubat sebelum tidur tadi. banyak dosa aku. cukup ke bekalan amalan aku ni?? ya Allah Kau ampunkan la aku....."
Kita amat arif bahawa manusia ada waktu di atas, ada waktu di bawah.Tetapi sebaik-baik manusia adalah, apabila dia berada di bawah, dia akan bersegera untuk naik semula ke atas. Kita amat tahu bahawa manusia semuanya berdosa. Tetapi sebaik-baik pendosa adalah yang bersegera dalam taubatnya.
Maka siapakah kita? Adakah kita berusaha untuk menjadi yang terbaik? Menjadi hamba Allah SWT yang terbaik? Atau kita merasakan ini semua tidak penting Sama-sama melihat kembali diri kita.
Kalau amal soleh berkurang, apakah kita segera menambahnya? Kalau dosa bertambah adakah kita berusaha menyekatnya? Terus berada dalam kelemahan bererti kita tidak bergerak untuk membaikinya.
Dengan sentiasa bersegera kembali kepadaNya, kita akan berjaya mengekalkan kekuatan yang ada. Hal ini kerana, lebih lama kita berada di dalam jahiliyyah, lebih reput jiwa raga kita. Di situlah sebabnya semakin lama kita semakin lemah.
Caranya hanyalah satu..Pantas bergerak kembali kepadaNya. Jangan berlengah-lengah!
moga2 kita semua mati dlm keadaan briman.. Ya Allah ampunilah Dosa-dosa kami Aamiin... Sudah nonton komen Subhanallah n share ya..
Posted by Husnul Khatimah on 26hb November 2015
Comments
Post a Comment