re-freshment - NOTA MAULiDUR RASUL 1437H : SIAPA AKU 5 TAHUN DARI SEKARANG ???

24 Disember 2015 - 23 Januari 2016 ?

23 Januari 2016 - 23 Januari 2017 ? ....... Thn 1

23 Januari 2017 - 23 Januari 2018 ? ....... Thn 2

23 Januari 2016 - 23 Januari 2019 ? ....... Thn 3

23 Januari 2019 - 23 Januari 2020 ? ....... Thn 4

23 Januari 2020 - 23 Januari 2021 ? ....... Thn 5


Masa terus berlalu.Datang dan pergi mengikut ketetapan alam.Datangnya hari baru dengan tuntutan Illahi akan dipenuhi dengan amalan yang diredhai Nya.Sebelum buku catatan amal ditutup.Sebelum pena malaikat diangkat dan tarikan nafas pun tamat.

Pagi ini aku merenung diri - sebulan lagi usia ku akan tertancap 55 tahun.Usia emas namun apakah pengisian hidup ku itu bernilai emas ??? Apakah aku berpuashati dengan kualiti diri yang aku miliki kini.Apakah aku bangga dengan standard diri masa kini setimpal dengan tahap hidup 55 tahun telah menjadi HAMBA ALLAH di muka bumi ini.

Benar-benar banyak yang aku ketinggalan.Standard iman dan amal amat tidak sewajar dengan usia 55 tahun ku ..... Masya Allah!

Baki hanya 5 tahun sahaja lagi untuk aku berstatus Penjawat Awam - apakah aku telah berjaya menjadikan pekerjaan ku sebagai Ladang Pahala ??? .... Masya Allah!

Esok,24 Disember 2015 bersamaan 12 Rabiul Awal 1437H - hari sambutan Maulidur Rasul.Peringatan kepada insan mulia kurniaan IIlahi yang wajib disayangi given by God kerana kasih sayangnya kepada umat melebihi dirinya sendiri.Namun setahap manakah aku menyayangi diri Rasulullah SAW ??? Ditahap manakah aku meletakkan Rasulullah SAW di dalam diri ku ???

Persoalan-persoalan yang mendesak diri mencari jawaban dan pembuktian secara amalan dalam kehidupan seharian ???  Aku kecundang lagi ... tepatnya aku ini `cakap tak serupa bikin' - celakanya aku!

Pagi ini aku merangka resolusi - apa yang mahu aku lakukan sepanjang 5 tahun ini,jika diberi kesempatan untuk bernafas lagi,Insha Allah.Ku catatkan terperinci dalam diari diri - apa maunya aku hari ke sehari peningkatan kualiti diri,peningkatan kualiti iman dan peningkatan kualiti amal sebagai hamba Allah SWT dan umat Rasulullah SAW yang berkualiti ... Insha Allah!

Ku namakan resolusi ini : NOTA MAULIDUR RASUL 1437H

Comments

Popular posts from this blog

FADHILAT DAN KHASIA SURAH EMPAT QUL

KHASIAT AIR KETUM

Khasiat Pokok Lidah Ayam