SURAH AL-INSYIRAH BEKAL PERJALANAN 55 KU


Indahnya bahasa Illahi.Dimulakan dengan memperingatkan kembali nikmat-nikmat yang telah diberikan oleh Nya.Kemudian ditengah surah dipujuknya hati kita dengan janji bahawa disebalik setiap kesusahan itu ada kemudahan.Lalu diakhiri surah ini dengan tuntutan agar hidup perlu diteruskan.

Subhan Allah,lihatlah cara Allah SWT mengajar kita untuk memujuk hati kita.Allah SWT tidak mahu kita hanyut melayan emosi makanya apabila selesai sesuatu urusan,mulakanlah urusan yang lain pula.

Justeru itu jangan berputus asa dengan susuatu ujian atau rintangan yang mendepang kehidupan kita.Hadirnya sesuatu masalah adalah untuk dihadapi dan bukannya melarikan diri.Hanya sedikit yang kita `kehilangan' jika dibandingkan dengan lautan nikmat yang kita kecapi sebelum ini.

Hadapi dugaan hidup ini kerana Allah SWT telah meletakkan nilaian bahawa ujian dugaan yang ditimpakan kepada kita itu adalah ditahap kita mampu mengatasinya.Hanya Dia mahu melihat setahap mana usaha dan sabar kita menghadapinya.Ganjaran pahala menanti kita jika kita redha dengan takdir Nya dan sekuman pun tidak tergugah iman dan amal kerana Nya kepada Nya.Ikhlas.

Merenung dugaan dan ujian kehidupan yang lalu menjadi catatan pengalaman dan renungan ikhtibar,aku berpaling dari hari semalam dan menghadap ke hahadapan untuk catatan baru di hari baru pangkal usia 55 dan seterusnya.

Berbekalkan Surah Al-Insyirah ini aku mula menapak melangkah kehadapan.Catatan perjalanan hidup di usia 55 ini akan aku garap sebaik mungkin,Insha Allah kerana aku yakin janji Mu "selepas kesukaran itu kemudahan" dan janji Mu lagi "selepas kesukaran itu kemudahan".

Ku pohon pada Ya Allah,Kau bukakanlah hijab hati ku agar mudah untuk aku memahami apa yang tersirat di sebalik yang tersurat dalam takdir Mu....... AMIN.

Comments

Popular posts from this blog

FADHILAT DAN KHASIA SURAH EMPAT QUL

KHASIAT AIR KETUM

Khasiat Pokok Lidah Ayam