KELEBIHAN MEMBACA SURAH YASIN SETIAP PAGI
Setiap tahun dengan izin Allah, saya cuba mencari apa ikhtiar yang boleh saya lakukan untuk pertingkatkan amalan. Bermakna setiap tahun perlu ada perubahan dan peningkatan diri baik dari segi ilmu atau amalan.
Ternyata tahun ini, saya menjadi semakin sibuk dengan perniagaan yang saya laksanakan. Anda boleh lihat, berapa kali sahaja saya update blog ni. Jika dulu boleh dikatakan setiap hari.
Bayangkan jika ada 8 perniagaan yang perlu diuruskan. Kaya belum lagi tapi insyaAllah. Jika setiap perniagaan yang saya uruskan mengikut perancangan boleh hasilkan pendapatan tahunan RM10 juta. Alhamdulillah.InsyaAllah.
Hari ini saya ingin kongsikan kelebihan amalan membaca yasin setiap pagi dan seelok-eloknya waktu selepas solat Duha. InsyaAllah akan terbuka seluas-luasnya peluang dan rezeki berlimpah luah.
Seperti saya sendiri, peluang yang datang terlalu banyak dan bukan sahaja saya mengambilnya, malah urusan melaksanakannya dipermudahkan. Tak perlu saya nak ceritakan apa perniagaan yang saya lakukan kerana lain orang lain peluang yang dia dapat.
Saya ingin kongsikan antara kelebihan baca yasin yang dapat daripada sumber rujukan lain:
Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : “Bacalah surah Yasin kerana ia mengandungi keberkatan.” Iaitu :-
1. Apabila orang lapar membaca surah Yassin , ia boleh menjadi kenyang .
2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian .
3. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh .
4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut .
5. Jika terpenjara akan dibebaskan .
6. Jika musafir membacanya , akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya .
7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya .
8. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia , Allah meringankan siksanya .
9. Jika orang yang dahaga membacanya , hilang rasa hausnya.
10. Jika dibacakan kepada orang yang sakit , terhindar daripada penyakitnya.
11. Rasulullah s.a.w bersabda:
“Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati al-Quran itu ialah Yassin. Sesiapa membaca surah Yassin , nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali” .
12. Sabda Rasulullah s.a.w lagi ,
“Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah Yassin pada setiap hari , turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut . Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah , menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya” .
13. Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yassin sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga membawa minuman untuknya . Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil .
14. Rasulullah s.a.w bersabda selanjutnya :
“Sesiapa bersembahyang sunat dua rakaat pada malam Jumaat , dibaca pada rakaat pertama surah Yassin dan rakaat kedua Tabaroka , Allah jadikan setiap huruf cahaya dihadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya ditangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini , dia adalah orang-orang yang munafik” .
Kesimpulannya, jika anda amalkan membaca surah yasin setiap hari, segala urusan anda dipermudahkan dan kebajikan anda dijaga olah Allah SWT.
Pernah terjadi dalam hidup saya, ketika pada suatu bulan itu saya tidak ada pendapatan (gaji tak masuk), ada hamba Allah entah dari mana memberikan saya duit belanja untuk digunakan pada bulan itu.
Bermakna, keperluan saya ketika itu Allah lengkapkan. JANGAN buat amalan ini hanya semata-mata untuk nikmat dunia sahaja sebaliknya jadikan amalan untuk meraih keredhaan Allah SWT.
Semoga kita dapat menjadikan bacaan yaasin setiap hari sebagai amalan kita.
sumber : http://hadzrin.com/2012/07/kelebihan-membaca-surah-yasin-setiap-pagi/
Comments
Post a Comment