UJIAN SIHAT DAN ISTIRAHAT
Hari demi hari berlalu dan umur kita semakin tua.Apabila direnungkan kembali umur yang telah kita lalui,berapa peratuskah amalan ketaatan yang telah kita lakukan sehari-hari? Sedarkah kita bahawa ujian besar yang melanda kita pada akhir zaman ini adalah ujian teknologi?
Sekiranya teknologi ini tidak dimanfaatkan dengan sebaiknya maka diri kita berisiko untuk terjun ke lembah kerugian.Rugi kerana apa? Rugi kerana sebahagian besar masa yang kita ada dihabiskan untuk perkara-perkara yang tidak berfaedah.Bangun tidur saja terus mencari handphone,pantang ada masa yang terluang terus membuka Facebook,WhatsApp,Instagram dan lain-lain.Ia tidak salah,tetapi andai kata tiada kawalan,maka bilakah masa untuk membaca Al-Quran dan mengerjakan ibadah-ibadah yang lain?
Manusia sering terpedaya dengan keseronokan dunia.Kita terlalu sibuk dengan urusan duniawi seolah-olah tiada lagi kehidupan yang akan kita tempuhi selepas ini.Allah telah memberi peringatan kepada kita di dalam Al-Quran bahawa hidup ini hanyalah sementara dan kehidupan yang abadi adalah di akhirat sana.
Berhati-hati Dengan Sihat Dan Istirahat
Daripada Ibnu Abbas r.a.,Rasulullah SAW bersabda : "Dua nikmat yang kebanyakan manusia tertipu (rugi) olehnya,iaitu sihat dan istirahat." (Riwayat Bukhari)
Mengapa Rasulullah berpesan kepada kita agar berhati-hati dengan nikmat sihat dan istirahat? Hal ini demikian kerana manusia yang dikurniakan kesihatan yang baik dapat mengerjakan amal yang sangat berguna dengan sebanyak-banyaknya,tetapi andai kata nikmat sihat itu digunakan untuk melakukan perkara yang tidak berfaedah,alangkah ruginya.Berapa ramai hamba Allah yang diuji dengan kesakitan setiap hari merayu kepada Allah agar disembuhkan penyakit agar mereka dapat sujud kembali kepada Allah.Begitu juga dengan waktu lapang,andai kata kita mensia-siakan saat berharga tersebut,maka tergolonglah kita sebagai manusia yang rugi.
Allah berfirman dalam Surah Ali Imran ayat 133 : "Bersegeralah menuju pengampunan Tuhan,dan syurga yang seluas langit dan bumi,yang disediakan bagi orang muttaqin (orang yang pandai menjaga diri)
Kehidupan ini adalah satu peluang untuk kita menggandakan amalan dan ketaatan.Kematian akan menjemput kita pada bila-bila masa.Justeru buangkanlah sifat bertangguh-tangguh yang telah merajai diri kita selama ini.
Bagaimana Memanfaatkan Nikmat Rehat dan Istirahat?
1. Mempunyai azam yang tinggi untuk menjadi manusia yang cemerlang di sisi Allah.
Manusia yang berjaya adalah manusiayang mempunyai cita-cita yang tinggi dalam hidupnya.Bukan setakat berimpian menjadi doktor,professor atau jurutera,malah lebih daripada itu ingin menjadi manusia yang terbaik di sisi Allah.Justeru,dia akan mengelakkan diri daripada melakukan kemaksiatan dan perkara-perkara yang mengundang kemurkaan Allah SWT.
2. Menyusun masa dengan baik dan bertindak
Setiap pagi sebelum memulakan aktiviti,sebaiknya kita menyusun agenda-agenda dan perkara-perkara yang perlu kita selesaikan pada hari itu.Utamakan perkara yang paling penting dan bertindak.Tanpa tindakan ianya akan terawang-awang di minda dan akhirnya akan dan menyesal.
3. Istighfar setiap masa
Virus utama yang melanda diri seseorang yang ingin berubah adalah malas.Banyakkan istighfar memohon ampun kepada Allah atas segala kelemahan iman kita.Istighfar,istighfar dan istighfarlah tanpa henti dan anda akan melihat perubahan besar pada diri anda selepas itu.
4. Mujahadah
Mujahadah adalah motivasi terbaik untuk kita melawan virus mazmudah di dalam diri.Apabila terbit rasa malas,sikap sambil lewa dan tabiat melakukan kerja `asal jadi saja', lawan perasaan itu.Jeritkan kepada diri,"Aku kena kerja kuat! Lawan sifat mazmumah kerana Allah" dan terus bekerja bersungguh-sungguh hingga berjaya.
Firman Allah SWT "Mereka yang berjuang untuk keredhaan Kami,pasti Kami tunjukkan jalan Kami,dan Allah tetap bersama orang yang berbuat baik" (Al Ankabut,29:69)
Jadikanlah hari ini sebagai titik perubahan kepada kita untuk memanfaatkan nikmat sihat dan istirahat. Lakukan anjakan paradigm di dalam diri kerana sesungguhnya kerehatan yang abadi hanyalah di dalam syurga Allah kelak.

Comments
Post a Comment