AYAT MOTIVASI DARI DIA
Ayat Motivasi dari Dia!
Assalamualaikum..
Dengan kalam Allah. Maha suci Engkau!
Kehidupan seakan berlari terlalu laju. Adakah aku yang lambat? Atau aku sendiri tidak mengejar? Lemas. Sebenarnya aku tenggelam dalam tumpukan kerja. Allahuakhbar.. Ya Allah, bantu aku dalam mengingati, beribadah dan sujud kepadaMu. Wake up HAKIM! Jangan terus dihanyut jauh. Pentas dunia hanya sekali. Ok, aku tak nak menjadi manusia yang rugi lagi.. Sebab? Tentu sekali kerana jawatan khalifah yang aku pegang dan title hamba yang aku ada! (muka serius).
Uhmmm...
(tarik nafas dalam-dalam)
Hembussss!!
Yaaa.. kita semua wajib ada tujuan hidup. Hidup bukan hanya di dunia. Tetapi di akhirat lebih panjang. Dan aku harus mendapatkan kedua-duanya. Apabila kamu kejar dunia ia akan lari, tetapi jika kamu kejar akhirat.. kedua-duanya akan datang. Gembira kan dengar ayat cinta ni? Lumrah manusia. Syaitan itu datang bukan sahaja saat kita ingin berubah, malah ketika sedang berubah. Saat itulah kita diuji dengan bermacam-macam persoalan. Itu yang sedang terjadi :(
Senyumlah. Allah datangkan Al-Quran untuk menjawab semua persoalan. Menyelesaikan segala masalah. Mencerahkan apa yg samar. Menjernihkan apa yang engkau kata kabur. Eh, apa tunggu lagi? senyumlah :)
(1) KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI?
QURAN MENJAWAB:
“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta” (Surah Al-Ankabut : 2-3)
(2) KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
QURAN MENJAWAB:
“Boleh jadi sesuatu yang kamu benci itu amat baik untuk kamu dan boleh jadi sesuatu yang kamu sukai pula amat buruk untuk kamu. Allah Mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui” (Surah Al-Baqarah : 216)
(3) KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
QURAN MENJAWAB:
“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya” (Surah Al-Baqarah : 286)
(4) KITA BERTANYA : KENAPA RASA TERTEKAN?
QURAN MENJAWAB:
“Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahankan dan menegakkan Islam), dan jangalah kamu berdukacita (terhadap apa yang menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang (sunguh-sunguh) beriman” (Surah Al-Imran : 139)
(5) KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB:
“Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu (lebih daripada kesabaran musuh, dimedan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah, supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan)” (Surah Ali- Imran : 200)
(6) KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB:
“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk” (Surah Al-Baqarah : 45)
(7) KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI?
QURAN MENJAWAB:
“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta-benda mereka dengan (balasan), bahawa mereka akan beroleh syurga (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah didalam (kitab- kitab) Taurat dan Injil, serta Al Quran dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual belinya itu dan (ketahuilah bahawa) jualbeli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar” (Surah At-Taubah : 111)
(8) KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
QURAN MENJAWAB:
“Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia kepadaNya aku berserah diri, dan Dialah yang mempunyai 'Arasy yang besar” (Surah At-Taubah : 129)
(9) KITA BERKATA : AKU TAK DAPAT TAHAN!
QURAN MENJAWAB:
“… ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yg kafir” (Surah Yusuf : 87)
Mudah-mudahan kita tidak jemu, futur (bermalas-malas) atas jalan ini. Ya, kita tentu tahu ISLAM itu tidak memerlukan kita. Tetapi kitalah yang memerlukan ISLAM. Sebab syurga itu terlalu tinggi pagarnya untuk kita panjat. Shortcut nya adalah kunci. Tak perlu susah-susah nak panjat. Tersenyumlah kalian. Wallahu’alam.
Sumber : brothermujahid.blogspot.my
Comments
Post a Comment