kesultanan kedah
Al Tarikh Salasilah Negeri Kedah
Kesultanan KedahSumber penulisan tempatan yang terpenting yang menulis tentang sejarah Lembah Bujang adalah Hikayat Merong Mahawangsa yang menceritakan tentang pembukaan sebuah penempatan di kaki Gunung Jerai dan kemudiannya berkembang ke bahagian pendalaman negeri Kedah hingga ke pantai timur semenanjung Tanah Melayu khususnya ke kawasan Pattani di Selatan Thailand. Begitu juga dengan buku Al-Tarikh Salasilah Negeri Kedah (Muhamad Hassan 1968) yang menceritakan sejarah pembukaaan Negeri Kedah dan perkembangannya hingga zaman moden.Kajian mengenai penulisan ahli pelayaran dan catatan awal tentang lembah bujang telah dikaji secara meluas oleh Braddle (1958,1980) Coedes 1968) Wolters (1967), Nilankanta Sastri 1949, dan Wheatly (1961), dll. Pastinya catatan awal hanya merujuk kepada nama tempt dan hasil mahsul perdagangan dan juga keadaan masyarakat ketika itu. Langka suka adalah nama terawal bagi Kedah dan kemudiannya terhapus dan Kedah dikaitkan dengan kerajaan-kerajaan Srivijaya yang berkembang sebagai satu entiti perdagangan yang besar di rantau ini. Kedah dikatakan sebagai sebuah pelabuhan entrepot dengan nama jolokan “The seats of all felicities”. (Wheatley 1961)Catatan awal mengenai Kedah (Lembah Bujang) juga terkandung dalam sebuah puisi Tamil berjudul Pattinappalai yang ditulis di antara kurun kedua hingga ketiga Masihi yang menyebut Kedah sebagai Kalagam yang dikatakan mempunyai pengertian yang sama seperti Kadaram iaitu Kedah. Batu bersurat Tajore, zaman kerajaan Chola bertarikh 1030 Masihi menunjukkan dengan jelasnya bahawa Kadaram itu adalah sama dengan Sanskrit Kataha. Sumber kesusasteraan India seperti Pattinappalai/Kaumudimahotsava/Samaraiccakaha yang ditulis antara kurun ketujuh atau kelapan Masihi merujuk Kedah sebagai Kadaram, Kataha dan Kadaram (Wheatly 1961:279-280).Bagi ahli penulis sejarah dan ahli pelayaran China, Kedah ditulis sebagai Chieh-cha (Cheiah-dha) di awal kurun ke tujuh Masihi oleh antara lain sami Budha terkenal dari China iaitu I-Tsing (672 AD dan 685 AD). Selain itu terdapat juga catatan ahli pelayaran Arab yang dikatakan merujuk Kedah dengan nama Kalah, Kalah-bar seperti Ibnu Khodzabeth (846 Masihi), Sulaiman Al-Masri (disunting oleh Zaid 920 Masihi), Ibnu Muhalhal (941 Masihi) dan Idrisi (1154 Masihi). Dari Negara jiran, Indonesia terdapat puisi Jawa 'Nagarakartagama' yang ditulis pada tahun 1365 Masihi juga menyebut tentang Langkasuka dan Kedah. Rujukan buku : -Prosiding Seminar Pembangunan Warisan Kerajaan Melayu Lembah Bujang (Perkara 2.1 / mukasurat 32 & 33) Ditulis oleh :- Adi Haji Taha (Dato'Dr.), Muzium Warisan Akademik, Universiti Kebangsaan Malaysia.--------------------------------------------------------------Sumbangan kewangan boleh disalurkan ke akaun ;-CREATIVE CONTENT NATION SDN BHDNO ACC: 127001881471872AL RAJHI BANKSebarang pertanyaan dan informasi boleh berhubung dengan:Shahril (Penerbit) 012-3170122Khairul (Penerbit Penyelaras) 013-3949163Sebarang pertanyaan atau cadangan boleh di emailkan kepada: penerbit@daulahmelayu.comSekian, terima kasih.-:Dari meja Penerbit Daulah Melayu:-#daulahmelayu #creativecontentnation #ccn #nusantara #documentary #filmmaking #getyourhistoryright
Posted by Daulah Melayu on 1hb April 2016
Kesultanan Kedah
Sumber penulisan tempatan yang terpenting yang menulis tentang sejarah Lembah Bujang adalah Hikayat Merong Mahawangsa yang menceritakan tentang pembukaan sebuah penempatan di kaki Gunung Jerai dan kemudiannya berkembang ke bahagian pendalaman negeri Kedah hingga ke pantai timur semenanjung Tanah Melayu khususnya ke kawasan Pattani di Selatan Thailand. Begitu juga dengan buku Al-Tarikh Salasilah Negeri Kedah (Muhamad Hassan 1968) yang menceritakan sejarah pembukaaan Negeri Kedah dan perkembangannya hingga zaman moden.
Kajian mengenai penulisan ahli pelayaran dan catatan awal tentang lembah bujang telah dikaji secara meluas oleh Braddle (1958,1980) Coedes 1968) Wolters (1967), Nilankanta Sastri 1949, dan Wheatly (1961), dll. Pastinya catatan awal hanya merujuk kepada nama tempt dan hasil mahsul perdagangan dan juga keadaan masyarakat ketika itu. Langka suka adalah nama terawal bagi Kedah dan kemudiannya terhapus dan Kedah dikaitkan dengan kerajaan-kerajaan Srivijaya yang berkembang sebagai satu entiti perdagangan yang besar di rantau ini. Kedah dikatakan sebagai sebuah pelabuhan entrepot dengan nama jolokan “The seats of all felicities”. (Wheatley 1961)
Catatan awal mengenai Kedah (Lembah Bujang) juga terkandung dalam sebuah puisi Tamil berjudul Pattinappalai yang ditulis di antara kurun kedua hingga ketiga Masihi yang menyebut Kedah sebagai Kalagam yang dikatakan mempunyai pengertian yang sama seperti Kadaram iaitu Kedah. Batu bersurat Tajore, zaman kerajaan Chola bertarikh 1030 Masihi menunjukkan dengan jelasnya bahawa Kadaram itu adalah sama dengan Sanskrit Kataha. Sumber kesusasteraan India seperti Pattinappalai/Kaumudimahotsava/Samaraiccakaha yang ditulis antara kurun ketujuh atau kelapan Masihi merujuk Kedah sebagai Kadaram, Kataha dan Kadaram (Wheatly 1961:279-280).
Bagi ahli penulis sejarah dan ahli pelayaran China, Kedah ditulis sebagai Chieh-cha (Cheiah-dha) di awal kurun ke tujuh Masihi oleh antara lain sami Budha terkenal dari China iaitu I-Tsing (672 AD dan 685 AD). Selain itu terdapat juga catatan ahli pelayaran Arab yang dikatakan merujuk Kedah dengan nama Kalah, Kalah-bar seperti Ibnu Khodzabeth (846 Masihi), Sulaiman Al-Masri (disunting oleh Zaid 920 Masihi), Ibnu Muhalhal (941 Masihi) dan Idrisi (1154 Masihi). Dari Negara jiran, Indonesia terdapat puisi Jawa 'Nagarakartagama' yang ditulis pada tahun 1365 Masihi juga menyebut tentang Langkasuka dan Kedah.
Rujukan buku : -
Prosiding Seminar Pembangunan Warisan Kerajaan Melayu Lembah Bujang
(Perkara 2.1 / mukasurat 32 & 33) Ditulis oleh :- Adi Haji Taha (Dato'Dr.), Muzium Warisan Akademik, Universiti Kebangsaan Malaysia.
--------------------------------------------------------------
Sumbangan kewangan boleh disalurkan ke akaun ;-
CREATIVE CONTENT NATION SDN BHD
NO ACC: 127001881471872
AL RAJHI BANK
Sebarang pertanyaan dan informasi boleh berhubung dengan:
Shahril (Penerbit) 012-3170122
Khairul (Penerbit Penyelaras) 013-3949163
Sebarang pertanyaan atau cadangan boleh di emailkan kepada: penerbit@daulahmelayu.com
Sekian, terima kasih.
-:Dari meja Penerbit Daulah Melayu:-
Comments
Post a Comment