Sebelum Umur 30 Tahun, Lelaki Ini Sudah Menulis 31 Buah Buku


“Saya tidak anggap menulis sebagai sampingan. Jikalau tiada masa, saya akan cari masa. Saya menulis untuk menyediakan bacaan alternatif yang baik dan bermanfaat.”

Itulah yang dijawab ketika ditanya kepada beliau tentang bidang penulisan yang beliau ceburi sejak di alam universiti. “Luar Biasa.” kata saya dalam hati.

Muhammad Hilal Asyraf bin Abd Razak, atau lebih dikenali dengan nama pendeknya, Hilal Asyraf.

Pada umurnya sekarang, 27 tahun, beliau sudah berjaya menghasilkan 31 buah karya penulisan fiksyen dan non-fiksyen.

Beliau mula serius menulis sejak berumur 18 tahun ketika menyambung pelajaran di Jordan lagi.

Dari ruang kecil di blognya ketika itu yang mula dibangunkan pada pertengahan Jun 2007 sehinggalah apa yang kita dapat perhatikan kecemerlangannya dalam bidang penulisan, sangat memberangsangkan.

Pada tahun 2008, beliau didekati oleh syarikat penerbitan buku yang berminat dengan penulis-penulis beliau. Hasilnya, lahirlah novel pertama beliau VT1.

Kemudian, penerbit berminat bagi mengkompilasikan artikel-artikel beliau di blog. Hasilnya, buku kedua beliau terbit dengan judulnya sama dengan nama blognya, Langit Ilahi.

Inilah yang dikatakan rezeki. Saya sungguh kagum! Pada umurnya ketika itu yang masih muda, beliau sudah berjaya menjadi perubah masyarakat melalui tulisan-tulisannya yang bermanfaat.

Ketika ditanya bagaimana cara penulisannya, beliau bermula dengan mengumpul idea, membina plot, draf bab-bab yang ingin dimuatkan. Tiga perkara ini beliau siapkan terlebih dahulu terus di dalam telefon pintar beliau.

Seterusnya barulah beliau mula menulis sehingga siap sebuah menuskrin untuk diterbitkan menjadi buku. Itulah stail penulisan beliau. Sangat tersusun.

Ini adalah senarai 31 buah buku beliau yang sudah berjaya hasilkan setakat ini. Katanya, menulis ini tidak akan berhenti katanya, yang memberhentikannya adalah kematian. Deep!

25 Ayat Al-Quran Pilihan

Sebelum Aku Bernikah: Memeluk Sempurna

30 Hari Mencari Tuhan

Tinta 2 Asyraf

#HilalAsyraf Koleksi Status Facebook Terbaik

Hidup Penuh Erti

Keimanan Adalah Paksi

Untuk Kita Pendosa

Misi Hero

Sebelum Aku Bernikah

Ikram Ma’ana: Bahtera Menuju Syurga

Matahari

Relasi

Sinergi

Hero

VT 1

Avant Garde: VT 2

Takdir: Cahaya Yang Tidak Terpadam

Takdir 2: Percaya Yang Tidak Sirna

Takdir 3: Janjinya Yang Tidak Termungkir

Simfoni Cinta

Terasing

Remaja Mulia

Remaja Harapan

Langit Ilahi: Tuhan Tidak Lupakan Kita

Langit Ilahi 2: Kembara Hamba Mencari Cinta

Langit Ilahi 3: Fanzuru - Maka Lihatlah

Langit Ilahi (Kompilasi Istimewa)

Batu Bata Kehidupan

Lantunan Bicara: Meniti Kehidupan Ini KeranaNya

Mengenang Murabbi: Ustaz Dahlan Mohd Zin

Pesan beliau, apa kelebihan yang kita ada untuk disumbangkan kepada agama Islam ini? Itulah yang membuatkan beliau betul-betul semangat untuk terus menulis.

Comments

Popular posts from this blog

FADHILAT DAN KHASIA SURAH EMPAT QUL

KHASIAT AIR KETUM

Khasiat Pokok Lidah Ayam