6 TABIAT PALING BERKESAN TURUNKAN BERAT BADAN
6 tabiat paling berkesan turunkan berat badan
21 JUNE 2016
Dalam 3 orang yang baca artikel ini, salah seorang daripadanya berkemungkinan gemuk !. Adakah yang gemuk itu anda ?
Data tersebut di atas adalah fakta tentang rakyat Malaysia. Negara kita menjadi negara paling ramai orang gemuk di Asia Tenggara. Seorang daripada 3 rakyat Malaysia bertubuh badan gemuk. Sebab itu saya kata kat atas, jika ada 3 orang membaca artikel ini, ada kemungkinan seorang darinya adalah GEMUK.
Data dari Kementerian Kesihatan juga mengesahkan bahawa 73% daripada kematian di Hospital adalah disebabkan oleh masalah penyakit tidak berjangkit (NCD). Dan kebanyakkannya berpunca daripada masalah obesiti. Mungkin kita boleh katakan gemuk lebih merbahaya daripada kenderaan motosikal ?
Ada niat nak turunkan berat badan
Rata-rata mereka yang gemuk tentu ada niat mulia disudut hati mereka nak turunkan berat badan. Tapi apakan daya tak ada kekuatan untuk melakukannya. Tambahan pulak makanan kat negara kita sedap sedap belaka.
Apa taknya !, bila sebut saja berniaga, orang kita akan buka perniagaan kedai makan. Dari Johor sampai ke Thailand, orang kita riuh rendah buka kedai makan. Semuanya berlumba untuk tawarkan makanan yang paling lazat di dunia.
Biasanya makanan lazat sebegitu mereka namakan sebagai makanan potong kaki. Ertinya makanan itu ada potensi buat pemakan dan peminatnya jadi gemuk. Bila gemuk akan mudah kena kencing manis. Bila kena kencing manis tak lama lagi nak kena potong kaki ler tu !..
Seperkara lagi susah nak turunkan berat badan adalah semangat hangat-hangat taik ayam bersenam dan kurangkan melantak makan. Ini juga satu masalah besar. Untuk membolehkan anda bersenam dan jaga makan, cara paling berkesan adalah dengan berusaha menjadikan amalan itu sebagai tabiat rutin diri anda.
6 tabiat paling berkesan turunkan berat
Kalau anda benar-benar nak turunkan berat badan dengan menggunakan teknik tanam tabiat ini, saya syorkan 6 tabiat berikut di bawah. Tabiat ini memang amat mujarab amat berkesan dalam membantu anda turunkan berat badan.
1. Makan buah dan sayur
Semua orang perlu makan antara 5 ke 7 hidangan buah atau sayur-sayuran atau campuran kedua-duanya, dalam masa sehari. Anda boleh mulakan dengan amakan ini terlebih dahulu. Makan sayur dan buah sekurangnya 5 kali sehari.
Jadi pergi beli buah atau pergi petik buah. Tanam buah kalau nak jimatkan duit. Ambil buah jiran yang jenis tak petik buah atau buatlah apa saja supaya anda boleh makan buah 5 kali sehari. Bila dah jadi tabiat, anda boleh tingkatkan lagi jumlah kekerapan makan buah sehingga melebihi 7 kali sehari. Ini akan membuatkan berat badan anda turun dan kekal slim dengan mudah.
2. Amalkan memasak sendiri untuk makan
Kajian menunjukkan ada hubung kait yang amat rapat antara jumlah kekerapan makan dikedai dengan tahap gemuk seseorang itu. Bila kerap makan kat kedai, orang itu biasanya lebih gemuk berbanding orang yang kurang makan kat kedai. Sebabnya adalah restoran biasanya akan bubuh minyak dan segala mak nenek yang boleh bantu anda jadi gemuk.
Jalan mudahnya sekarang adalah jadikan tabiat memasak sendiri untuk makan kat rumah. Dengan masak sendiri, anda boleh kawal segala bahan yang nak dimasukkan ke dalam masakan anda. Kalau tak tahu masak, jangan risau. Pergi ke MPH beli saja buku masakan sihat. Balik buka dan mulakan masak sendiri makanan anda.
3. Makan bijirin penuh
Orang putih panggil bijirin penuh ni sebagai whole grans. Kalau nak belasah makan bijirin penuh ini elok belasah di waktu pagi ketika sarapan. Saya biasanya dapatkan bekala bijirin penuh ini dari pasaraya Giant. Anda boleh pilih berbagai jenis bijirin untuk sarapan di kawasan yang ada Kellogs, Kokocrunch dan seumpamanya.
Kalau makan roti, pastikan anda makan roti dari tepung bijirin penuh juga. Ini adalah lebih baik daripada makan roti putih gebu yang tepungnya sudah dibuang banyak zat dan nutrient yang baik darinya.
4. Sibukkan diri dengan aktiviti
Salah satu perkara yang memberansangkan jika anda sibukkan diri adalah timbulnya rasa puas di dalam jiwa. Bila anda senantiasa cari idea nak buat apa supaya sibuk dengan aktiviti fizikal, dari pagi sehingga ke petang, bila masuk malam, anda akan rasa puas dan tidur tersenyum.
Cari apa saja idea agar ada banyak berlaku aktiviti fizikal. Contohnya jangan naik lift, tapi naik tangga. Atau parking kereta lebih jauh dari biasa ke tempat kerja. Atau lebih ekstrim lagi pergi kerja naik basikal. Anda juga boleh buat vakum dipejabat atau di rumah. Bila waktu cuti, potong rumput sendiri dan lain-lain lagi.
5. Amalkan makan cara nabi
Makan biarlah berpada-pada tak kisah samada makanan yang anda sedang suap itu lazat atau sedap luar biasa. Petua yang Nabi tinggalkan pada kita amat mudah dan berkesan. Makan hanya bila lapar dan berhentilah sebelum kekenyangan.
Dengan kawalan makan supaya tidak berlebihan sebegitu, anda tak perlu nak panang sana pantang sini. Makanlah apa saja menu yang anda rasakan sedap atau nak cuba. Asalkan jangan berlebihan sudahlah. Makan patut patut saja.
6. Buat catitan apa yang anda makan
Ini tabiat akhir yang perlu diserapkan dalam jadual kehidupan anda. Catitkan dalam journal apa saja yang dah masuk ke dalam perut anda setiap hari. Catitkan makanan apa, berapa kalori dan jenis zat apa yang dah masuk.
Samada anda luangkan waktu malam untuk buat semua catitan makanan yang dah masuk atau boleh saja dicatit selepas habis makan. Ikut suka, asalkan anda mencatitinya. Dapatkan maklumat berkenaan kalori dan zat yang ada dalam makanan tersebut.
Sekarang dunia teknologi maklumat. Mudah saja untuk dapatkan maklumat berkenaan kandungan zat makanan dari Google. Bila anda buat kerja lebih catit begitu, anda akan lebih peka dan otak mendapat mesej keseriusan anda untuk berubah dan jaga kesihatan.
Sekian 6 tabiat yang anda perlu mula disiplinkan diri sampai tak perlu berdisiplin lagi sebab dah berjaya jadi tabiat diri. Segeralah amalkan 6 tabiat berkesan di atas untuk turunkan berat badan dan kekal begitu sentiasa slim.
Comments
Post a Comment