PERINGKAT BERINTERAKSI DENGAN ILMU


1-Sufyan 'Uyainah berkata:

"أول العلم الاستماع ثم الفهم ثم الحفظ ثم العمل ثم النشر

"Permulaan ilmu adalah:

1-mendengar
2-memahami
3-menghafal
4-mengamalkan(nya)
5-menyebarkan(nya)"

(Dipetik daripada kitab Syu'abul Iman karangan Al-Baihaqi)

2-Sufyan Al-Tsauri berkata:

كان يقال أول العلم الصمت والثاني الاستماع له وحفظه والثالث العمل به والرابع نشره وتعليمه

"Pernah dikatakan: Permulaan ilmu adalah:

1-diam (sekadar memerhati)
2-mendengar dan menghafalnya
3-mengamalkannya
4-menyebarkan dan mengajarkannya"
(Dipetik daripada kitab Hilyah Al-Awliya karangan Al-Asbahani)

Inilah proses yang dilalui oleh para ulama terdahulu. Kesemua proses pemerolehan ilmu ini bukanlah sesuatu yang senang terutamanya ketila mengamalkan ilmu yang dipelajari. Mungkin belajar itu mudah tetapi beramal dengannya adalah yang paling susah dan mencabar.

Semakin belajar terasa semakin jahil. Mungkin kita tidak jahil maklumat, tetapi kita jahil cara beramal dengannya. Semoga Allah melorongkan kemudahan untuk kita beramal dengan setiap ilmu yang dipelajari.

sumber : https://www.facebook.com/AbuAnasMadani/

Comments

Popular posts from this blog

FADHILAT DAN KHASIA SURAH EMPAT QUL

KHASIAT AIR KETUM

Khasiat Pokok Lidah Ayam