Posts

Showing posts from April, 2017

Mudahnya Beribadah @ ISRA' MIKRAJ 1438H

Image
sumber ilmu pemantap iman peransang amal,Insha Alllah! KIT MUDAH AMAL MUDAHNYA BERIBADAH : MOHD RAZALI KAMARUDIN PTS MILENNIA SDN.BHD. (2014) : RM8.90 SEJARAH LENGKAP NABI & RASUL DALAM AL-QURAN : ABU MAZAYA AL-HAFIZ AL-HIDAYAH PUBLICATIONS (2011) : RM79.00

My New Me @ Isra & Mikraj 1438H

Image

Tanpa Pil Kurus,Lelaki Ini Berjaya Hilang 40 Kg Dalam Masa 3 Bulan

Image
Nota Editor: Pendedahan ini telah dilakukan oleh Arif Afifi Mohamad Sukri seorang mahasiswa yang sedang menuntut Jurusan Tafsir Hadis Di Jambi, Indonesia. Ramai yang bertanya bagaimana beliau berjaya menurunkan berat badan sebanyak 40kg dalam masa 3 bulan. Kami berjaya menghubungi beliau dan mendapat kebenaran untuk kongsikan semula di sini. Semoga ini dapat membantu anda yang turut ingin mengurangkan berat badan. Lost 40 Kg in 3 Month! Ok! disebabkan mesej yang terlalu banyak minta saya ceritakan kaedah dan bagaimana cara saya mengurangkan berat badan, saya akan kongsikan. Saya akui, saya di antara mereka yang tergolong di dalam masalah obesiti dengan berat badan mencecah 120KG. Alhamdulillah, tanpa supplyment atau pil-pil kurus yang lain saya berjaya mengurangkan berat sebanyak 40 KG. Tips ni banyak saya ambil dari Kevin Zahri dan member2 medic dari Unisza seperti Dr Nashrul Hadi, Dr Aiman, Dr Hafez dan Dr Arif Fahmi. Berikut antara tips yang saya laksanakan dalam tempoh 3 bulan...

8 Penyakit Yang Boleh Sembuh Dengan Berjalan Kaki

Image
Jika selama ini anda malas untuk berjalan, fikirkan kembali. Satu kajian telah membuktikan berjalan boleh mengurangkan lapan jenis penyakit dan yang paling penting adalah proses rawatan tanpa mengeluarkan wang. Berikut 8 jenis penyakit yang boleh disembuhkan dengan berjalan :- 1. Serangan Jantung : Berjalan boleh mengurangkan risiko serangan jantung. Otot jantung memerlukan aliran darah lebih deras (dari pembuluh koroner ) agar segar dan berfungsi normal mengepam darah tanpa henti. Berjalan dengan cepat boleh mengalirkan darah ke dalam jantung. Dengan sering berjalan , kolesterol baik (HDL) yang bekerja sebagai spans penyerap kolesterol (LDL) akan meningkat dengan berjalan kaki tergopoh-gopoh. Tidak banyak cara di luar dapat mengubati seperti ini. Berjalan dengan cepat boleh menurunkan risiko serangan jantung. 2. Stroke :Satu kajian dilakukan kepada 70 ribu pesakit di Harvard School of Public Health yang bekerja sambil berjalan kaki sebanyak 20 jam dala...

7 petua untuk mengurangkan Gout

Image
Pengumpulan asid urik, gemuk, tekanan dan kerosakan buah pinggang antara penyebab gout yang lazimnya lebih ramai dihidapi lelaki berbanding wanita. Golongan berisiko tinggi menghidap penyakit itu ialah mereka yang berusia lebih 40 tahun. Gout iaitu sejenis penyakit sendi, sering dianggap penyakit biasa yang tidak serius dan mengancam nyawa. Bagi mengurangkan kesan serangan gout dan menikmati kehidupan lebih baik, berikut disertakan tujuh panduan yang boleh diamalkan bagi mengelakkan masalah gout. 1) Kekalkan hidrasi Mengekalkan hidrasi dalam tubuh amat penting bagi semua orang dan bukan hanya tertumpu kepada mereka yang mempunyai penyakit gout. Badan manusia kebanyakannya terdiri daripada air dan air yang diperlukan bertanggungjawab mengepam toksin dalam badan dan membawa nutrien kepada sel tubuh. Dalam kes berkaitan gout, asid urik yang berlebihan akan membina sendi yang menyebabkan serangan penyakit itu dikumuhkan dalam air kencing. Jadi, apabila tu...

BAHAYA : Penyakit-Penyakit Akibat Obesiti

Image
Diabetes/kencing manis Diabetes adalah penyakit yang berpunca daripada kandungan gula yang tinggi dalam darah. Paras gula dalam darah dikawal oleh pankreas yang menghasilkan hormon insulin. Dalam penyakit ini, disebabkan kekurangan insulin ia menyukarkan proses untuk mengeluarkan gula dalam darah dan turut menjejaskan sel dalaman untuk membekalkan tenaga. Paras glukosa darah sentiasa tinggi menyebabkan gangguan metabolisme karbohidrat, lemak dan protein dalam badan.Tanda-tandanya ialah kerap membuang air kecil, berasa terlalu dahaga, sentiasa lapar, penglihatan kabur, nafas berbau manis, penurunan berat badan, keletihan dan luka yang lambat sembuh. Selain itu, ia boleh merosakkan buah pinggang. Sakit Jantung. Obesiti adalah punca utama penyakit jantung dan pembuluh darah. ini adalah kerana kegemukan akan menyebabkan peningkatan beban kerja jantung Kenapa? Sebab, bertambahnya saiz tubuh anda. Apabila jantung bekerja melebihi hadnya maka berlakulah kegagalan fungsi ja...

Mudah hilang ingatan jika perut buncit

Image
Orang yang berperut buncit mempunyai kemungkinan tiga kali ganda untuk hilang ingatan dan nyanyuk apabila tua, menurut kajian. Saintis mendapati, orang yang ada banyak lemak pada perut mempunyai kadar protein lebih rendah, yang turut menentukan sejauh mana hati dapat memproses lemak. Unsur dipanggil PPARalpha mengawal pemprosesan lemak dalam hati, selain berada dalam pusat ingatan otak - hippocampus – serta mengawal deria ingatan dan keupayaan belajar. Apabila seseorang itu mempunyai berat berlebihan, mereka mula kehilangan PPARalpha di bahagian hati dan seterusnya di seluruh anggota tubuh, termasuk otak. Dalam satu kerjasama dengan Institut Kesihatan Kebangsaan, saintis saraf di Universiti Medical Centre, di sini, percaya penemuan mereka akan membawa kepada ubat membantu mempertingkat keupayaan belayar dan daya ingatan golongan nyanyuk. Dr Kalipada Pahan dari pusat perubatan Universiti Rush,Chicago berkata: “Kita perlu untuk memahami lebih mendalam bag...

Kurus Dengan Cara Murah

Image
Perubahan gaya hidup penting dalam mencapai impian untuk kurus secara berkesan dengan cara yang paling murah. Baik dari segi pemakanan dan amalan senaman harus diberi keutamaan kerana inilah yang menyumbang kepada pengurangan berat badan yang diinginkan. Jangan sesekali kembali kepada gaya hidup yang lama apabila telah mencapai berat impian kerana ia bakal mengecewakan kita semula. Untuk mengetahui sama ada seseorang itu terlebih berat badan atau berat yang ideal untuknya, pertama, timbang berat badan dalam kilogram, kemudian ukur tinggi dalam meter. Kira Indeks Jisim Badan (BMI) dengan membahagikan berat (kilogram) dengan tinggi (m2). BMI bagi individu normal harus kurang daripada 25. Sebaliknya, jika BMI 25 hingga 30 bermakna individu tersebut terlebih berat dan memerlukan diet dan senaman. Manakala BMI lebih daripada 30 ialah obesiti. Perunding masalah berat badan, Dr. Mahathir Mohamed berkata, ukuran BMI penting dalam mendapatkan sasaran jumlah berat badan ideal bagi seseorang yan...

Tips Kuruskan Badan

Image
oleh : Ibukesuma Nak kuruskan badan ni, tidaklah susah mana. Kalau boleh buat 2 perkara ini, insyaAllah boleh kurangkan berat badan dengan cepat. 1. Kurangkan makan nasi & makanan berlemak. Cuba amalkan makan roti yang ada bijirin bagi menggantikan nasi. 2. Buat exercise untuk keluarkan peluh sekurang2nya 30 minit setiap hari. Paling baik ialah ‘jogging’ atau berenang. Dibawah ini saya catatkan petua atau tips nak kuruskan badan; * Amalkan Makan Malam Sebelum Jam Tujuh Malam. Elakkan Mengambil Makanan Yang Berat Kerana Kadar Metabolisme yang rendah pada waktu malam akan menyebabkan makanan Disimpan Sebagai Lemak. * Jangan Mudah Terpedaya Iklan-iklan Merampingkan Badan Atau Produk-produk Pil Kurus. Kebanyakkannya Indah Khabar Dari Rupa. Duit Habis, Badan Tetap sama. * Dapatkan Nasihat Doktor Sebelum Membuat Keputusan Membeli Produk Diet Yang Banyak Terdapat Di Pasaran Dan Farmasi. Pandangan Doktor Adalah Lebih Selamat. * Turun 1 Kg Sebulan Secara Tetap Adalah Lebih Baik Daripada...

Khasiat Al-Fatihah

Image