Sistem Imunisasi dan Kepentingannya

Pembangunan pesat tanpa kawalan yang dilakukan manusia hari ini menyebabkan berlakunya pelbagai pencemaran alam sekitar termasuklah pencemaran udara,pencemaran air dan sebagainya.Pencemaran dikenalpasti sebagai salah satu faktor yang boleh melemahkan sistem imunisasi kita.Sistem imunisasi terdiri daripada rangkaian sel,tisu dan organ yang berperanan sebagai pertahanan badan untuk melawan organisma berbahaya dan bahan asing yang boleh menyebabkan penyakit.

Antibodi yang dinamakan sebagai Immunoglobulin atau Igmengandungi "gamma globulin" iaitu sejenis protein darah yang dirembeskan oleh sel B limfosit.Apabila antibodi bertindak dengan baik,ia akan melawan dan melindungi tubuh daripada patogen seperti bakteria dan virus serta menghapuskan sel-sel kanser dan bahan-bahan asing.Sebaliknya jikan antibodi lemah,keupayaan pertahanan badan juga lemah dimana ia akan membenarkan patogen termasuk virus yang menyebabkan demam dan selsema selsema hidup dan membiak di dalam badan.

Sistem Imun biasanya dibahagikan kepada 2 jenis iaitu :

a) Imuniti semulajadi - termasuklah pertahanan luaran seperti kulit dan membran yang terdapat pada rongga hidung,mulut,mata dan sebagainya.yang berperanan untuk menghalang kemasukan patogen.Satu lagi imuniti semulajadi ialah antibodi yang diperolehi oleh anak daripada ibu semasa di dalam kandungan.

b) Imuniti aktif - penghasilan antibodi untuk melawan sesuatu patogen tertentu,lazimnya diperolehi melalui suntikan vaksin.

"Gamma globulin" terdiri daripada IgG (lebihkurang 70%),IgA (lebihkurang 15-20%),IgM (lebihkurang 8%),IgD (lebihkurang 1%) dan IgE (lebihkurang 0.002%).IgG dalah satu-satunya antibodi yang mampu melepasi lapisan placenta dan masuk ke dalam fetus serta bertanggungjawab memberikan perlindungan antibodi selama 3 hingga 6 bulan selepas kelahian bayi.IgG boleh  mengikat pelbagai jenis patogen seperti bakteria,virus dan kulat serta melindungi tubuh daripada jangkitan patogen-patogen tersebut dengan menutralkan toksin atau melalui tindakbalas fagositosis.

Sistem imun yang kuat amat diperlukan oleh badan untuk memastikan sistem badan berfungsi dengan sempurna dan tidak mudah dijangkiti penyakit.Selain daripada antibodi yang sedia ada di dalam badan,kita juga memerlukan amalan pemakanan seimbang dan menjalankan aktiviti fizikal selain daripada pengambilan makanan kesihatan tambahan (Susu IgG-Plus) untuk memangkinkan penghasilan antibodi serta pengawalan kesihatan optimum.

Sumber : Buletin Naco World.

Comments

Popular posts from this blog

FADHILAT DAN KHASIA SURAH EMPAT QUL

KHASIAT AIR KETUM

Khasiat Pokok Lidah Ayam