9 TIPS MENCARI KETENANGAN DALAM HIDUP

1.  Solat di awal waktu walau sibuk mana pun, jangan kita abaikan solat 5 waktu ini. Sebab Allah janjikan kebaikan jika kita sentiasa mengingati Nya dan Dia akan sentiasa memakbulkan doa2 hamba Nya.

2.  Amalkan zikirullah tak kira dimana jua kita berada.Kalau sibuk sangat pun dalam hati kita boleh berzikir. Zikir juga ubat bagi penyakit hati.

3.  Perbanyakkan solat sunat.Amalkan solat sunat duha setiap hari. Kalau kita tak mampu buat banyak, 2 pun boleh.Kalau tak ada masa sangat ambil solat sunat rawatib iaitu sebelum solat fardhu (qabliah) dan selepas (bakdiah).

4.  Amalkan bersedekah.Tak dapat banyak sikit pun boleh.Mulakan dari bawah kerana sedekah itu adalah TABUNG AKHIRAT buat kita.Sedekah juga bukan hanya pada manusia. Kita juga boleh sedekah pada haiwan,serangga dan tumbuh2an.
5.  Solat berjemaah di Masjid atau Surau. Kalau Masjid tak jauh mana dari rumah afdalnya ke Masjid dari Surau kata para ulama.

6.  Doa dgn hati yang bersih dan ikhlas pada Allah.Maksudnya, kita minta sungguh-sungguh pada Allah kebaikan dalam diri kita dan minta Allah hilangkan sifat mazmumah yang ada pada diri kita.

7.  Amalkan baca "Bismillah" dalam apa jua urusan yang hendak kita lakukan... Kerana perkataan tersebut adalah tanda kita memulakan sesuatu dengan mengingati Allah S.W.T dan Dia akan permudahkan apa jua perkara baik yang kita lakukan.

8.  Bagi orang lelaki, Rajin-rajin ke Masjid untuk tambah ilmu hidup dan akhirat dengan mendengar ceramahceramah dan takzirah yang disampaikan oleh Ustaz.Dalam erti kata lain, pergi mengaji.

9.  Amalkan membaca Al-Quran paling tidak 1 hari sekali.Ambil waktu hidup kita paling tidak pun 10 minit sahaja sehari. Kalau kita sibuk dengan urusan dunia sekali pun, jangan kita lupa untuk luangkan masa sedikit utk bekalan akhirat.

Rasanya itu sahaja beberapa tips yang ada.Semoga ianya bermanfaat dan jika ada yang ingin buat, mulalah dari sekarang.Sebab sesuatu kebaikan yang kita hendak lakukan akan sering ditunda bila kita mendengar bisikian syaitan lakhnatullah.Selamat beramal!

Comments

Popular posts from this blog

FADHILAT DAN KHASIA SURAH EMPAT QUL

KHASIAT AIR KETUM

Khasiat Pokok Lidah Ayam