Langkah Pertama - Jom Bersihkan Hati

Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani 

Bismillahirahmanirahim

Hidup ini tinggal sisa saki baki yang kita tak tahu bila ia akan berakhir.

Maka ...
Jadilah orang yang paling bahagia dan membahagiakan. Orang yang ceria dan menceriakan.

Tiada sesiapa yang dapat menduga di saat kudrat dan kesihatan yang baik tiba-tiba kematian datang menimpa.

Sungguh betapa rapuhnya hidup kita. Kematian tak mengira masa, situasi, muda atau tua.

Jangan bertangguh untuk menjadi anak yang baik.
Jangan bertangguh untuk menjadi isteri/ suami yang baik
Jangan bertangguh untuk menjadi HAMBA DIA yang baik
Jangan bertangguh untuk melakukan amalan yang baik
Jangan bertangguh untuk BERTAUBAT

Memang kadang kita terasa hati, kecewa, sakit hati, sedih, marah pada seseorang.
Maaf kan sahaja. Jadilah orang yang memberi manfaat pada orang lain.
Kerana kematian itu sangat rapuh.

Jadilah orang yang bahagia dan membahagiakan kerana kita tak tahu bila saat kita akan pergi mengadap DIA.

Orang yang kita sayang pasti kita akan tinggalkan. Dan perpisahan itu adalah dengan sebuah kematian.
Moga bertemu di syurga... Aamiin ya Rabb

Uhibbukum fillah.
Ketahuilah ... hidup ini sangat singkat utk berhasad dengki, iri hati, kemarahan, kebencian dan memutuskan hubungan silaturrahim kerana ESOK semuanya hanya tinggal kenangan.

Allahu Allah
Laa ilaaha ilallah Muhammadur Rasulullah
Allahumma solli a'la saiyidina Muhammad
Wa ala ali saiyidina Muhammad

Laa haula wala quwwata illaa billah

Al Fatihah
Salam kemaafan
Salam semesta alam
~♡~

Comments

Popular posts from this blog

FADHILAT DAN KHASIA SURAH EMPAT QUL

KHASIAT AIR KETUM

Khasiat Pokok Lidah Ayam