SUSAH SOLAT MALAM [ TAHAJJUD ] ?

SUSAH SOLAT MALAM [ TAHAJJUD ] ?
- ini sebabnya.

Ibrahim bin Adam pernah didatangi oleh seseorang untuk meminta nasihat agar ia bisa mengerjakan solat malam (TAHAJJUD).
Beliau kemudian berkata kepadanya, “Janganlah engkau bermaksiat kepada Allah di siang hari, nescaya Allah akan membangunkanmu untuk bermunajat di hadapan-Nya malam hari. Sebab munajatmu di hadapan-Nya di malam hari merupakan kemuliaan yang paling besar, sedangkan orang yang bermaksiat tidak berhak mendapatkan kemuliaan itu."

Sementara Fudhail bin Iyadh berkata, “Jika engkau tidak mampu menunaikan solat malam dan puasa di siang hari, maka ketahuilah bahwa engkau sebenarnya sedang dalam keadaan terhalang, kerana dosa-dosamu begitu banyak."

Seseorang datang kepada Imam Ghazali untuk menanyakan kepada Beliau mengenai sesuatu yang menyebabkannya tidak bisa bangun malam untuk mengerjakan solat.
Beliau menjawab, “Dosa-dosamu telah membelenggumu."

Al-Hasan berkata, “Tidaklah seseorang meninggalkan solat malam kecuali kerana dosa yang dilakukannya. Oleh kerana itu, periksalah diri kalian setiap malam ketika matahari terbenam, kemudian bertaubatlah kepada Rabb kalian, agar kalian bisa mengerjakan solat malam."
Dalam kesempatan lain, beliau menjelaskan, “Di antara petanda seseorang itu tenggelam dalam dosa adalah bahawa dadanya tidak pernah lapang untuk bisa mengerjakan puasa di siang hari dan mengerjakan solat sunat di malam hari."

Sufyan Ats-Tsauri berkata, “Aku pernah terhalang (tidak bisa bangun) untuk mengerjakan solat malam selama lima bulan disebabkan satu dosa yang telah aku lakukan."
Ditanyakanlah kepada beliau, “Dosa apakah itu? “Beliau menjawab, “Aku melihat seorang lelaki yang menangis, lalu aku katakan di dalam hatiku bahawa itu dilakukannya sebagai bentuk kepura-puraan saja."

Abdullah bin Mas’ud pernah ditanya oleh seseorang, “Kami tidak bisa bangun malam untuk mengerjakan solat". Ia pun menjawab, “Dosa-dosamu telah membelenggumu."
Demikian juga memakan barang yang haram akan menghalangi pelaksanaan solat malam.
Salah seorang dari kalangan Ulama mengatakan, "Betapa sering sesuap makanan itu menghalangi pelaksanaan solat malam. Betapa sering pandangan itu menghalangi seseorang dari membaca satu surat dari Al-Qur’an."
Sungguh seorang hamba itu akan menyantap satu makanan atau melakukan sesuatu perbuatan yang menyebabkannya tidak bisa mengerjakan solat malam selama satu tahun.
Demikian juga, kecintaan kepada dunia (hubbud dunya) bisa menghalangi seseorang untuk melaksanakan solat malam.

Abu Thalib Al-Makki berkata, “Yang bisa menghalangi seorang hamba dari melakukan solat malam, atau yang menjadikannya lalai dalam waktu sekian lama, ada tiga hal. Iaitu, menyantap makanan yang syubhat, terus-menerus melakukan perbuatan dosa dan kuatnya fikiran keduniaan terhadap hati."
Bertolak dari sini, kita bisa menyimpulkan bahawa yang bisa membantu seseorang agar bisa mengerjakan solat malam itu adalah;
memakan makanan yang halal, istiqomah di dalam bertaubat, menjauhi makanan yang haram dan syubhat, menjauhi dosa dan maksiat, serta menolak kuatnya fikiran keduniaan dan kecintaan kepada dunia dari dalam hati dengan cara selalu ingat mati dan memikirkan akhirat atau apa saja yang akan ditemui sesudah mati.

Sungguh, di antara solat sunat yang paling utama adalah solat malam (TAHAJJUD).

Allah SWT berfirman (yang ertinya): Pada sebahagian malam itu, bertahajjudlah kalian sebagai ibadah tambahan bagi kalian. (Dengan solat malam itu) Allah pasti mengangkat kalian ke darjat yang terpuji (al-Isra’: 79).

Begitu pentingnya solat tahajjud ini,
Rasulullah ﷺ sampai menyuruh kita untuk “mengqadhanya” jika tertinggal.
Beliau bersabda, “Jika kalian tertinggal dari menunaikan solat malam kerana sakit atau hal lain, hendaklah kalian menunaikan solat dua belas rakaat di siang hari.” (HR Muslim).

Sebaliknya, Rasulullah ﷺ “mencela” orang yang tidak melakukan solat malam, padahal ia sering bangun tengah malam.
Beliau bersabda kepada Abdullah bin Amr bin al-’Ash, “Wahai Abdullah, janganlah engkau seperti si fulan; ia bangun malam tetapi tidak menunaikan solat malam.” (Mutaffaq ‘alaih).

Dalam Al-Fath dinukil kata-kata Ibn ‘Arabi,
“Di dalam hadis ini terdapat anjuran untuk mendawamkan amal kebajikan yang biasa dilakukan oleh seorang Muslim tanpa melalaikannya. Dapat disimpulkan dari hadis tersebut, bahwa makruh memutus ibadah (tidak mendawamkannya) meskipun bukan ibadah wajib.”
(Muhammad ‘Allan ash-Shiddqi, Dalil al-Falihin, I/313).

Semoga Allah ringankan hati dan langkah kita untuk tunaikan solat malam.

Wallahu a’lam.

Rujukan :
1. Al Hilyah (VIII/91)
2. Tanbihul Mughtarrin
3. Qashash wa Atsar fil Khithabah wal Irsyad ( V/34)
4. Latha’iful Ma’arif
5. Ash-Shalah wat Tahajjud
6. Qútúl Qúlúb (I/88)

Comments

Popular posts from this blog

FADHILAT DAN KHASIA SURAH EMPAT QUL

KHASIAT AIR KETUM

Khasiat Pokok Lidah Ayam