❤ NOTA HATI UNTUK ILLAHI ❤
Aku mesti membentuk kebiasaan ku agar aku mati kelak dalam kebiasaan yang menjurus kepada husnul khotimah
Aku tidak mahu mati ketika melayan facebook,berwassap atau berlekaan dengan soal dunia.
Ya Allah Ya Tuhanku,
Aku sedar aku ini hamba Mu yang banyak berdosa,selalu bermaksiat dan melanggar perintah dan larangan Mu.
Ya Rasulullah,
Aku sedar aku ini jahil dalam menilai dan menghargai betapa agungnya cinta dan kasih sayang Mu kepada ummat Mu makanya aku lalai untuk memeta perjalanan hidup ini sebagaimana sunnah Mu.
Ya Allah Ya Tuhanku,
Aku bertaubat nasuha di atas segala dosa maksiat yang telah aku lakukan.Kau ampunkanlah segala dosa-dosa ku dan Kau terimalah taubat nasuha ku ini.Aku yakin Ya Allah dengan sifat Ar Rahman sifat Ar Rahim sifat Maha Pemaaf sihat Maha Pengampun dan sifat Maha Penerima Taubat Mu,aku yakin Kau akan menerima taubat ku
Alhamdulillah!
Subhan Allah!
Comments
Post a Comment