ORANG INI MAHUKAN APA SEBENARNYA?


Lantas orang ini mahukan apa sebenarnya ? Di kala orang lain gilakan kerusi jawatan, orang ini tetap pada kerusi kuliahnya. Di kala orang lain berpecah merebut pangkat, orang ini tetap mencoret menyiapkan kitab. Di kala orang lain menuduhnya gila berkuasa, orang ini tidak pernah berehat mencurah ilmu agama.

Orang ini mahukan apa sebenarnya ?

Norzaiful Azri Zainuddin
12 jam ·

Entah mengapa.. Hati saya sebak saat selesainya pembentukan kabinet TSMY dibacakan petang tadi. Saya teringatkan Presiden saya TGHH. Saya sebak bukan kerana beliau tidak diberikan apa2 jawatan dlm kabinet. Tapi saya sebak kerana teringatkan kata2 beliau.. "jika Islam menang, kalau saya mati pun saya puas hati".

Kini PAS yg dipimpinnya sudah sampai ke Putrajaya. Walaupun sekadar 8 orang dari Ahli Parlimennya. Dada saya berdebar. Saya teringat kata2 itu. Hati kecil saya berbisik dlm rangkuman doa yg halus.. "Ya Allah.. Jgn Engkau ambil insan ini dari kami. Kami belum puas menerima bimbingan dan nasihat beliau. Kami belum puas menyaksikan sentuhan politik beliau yg penuh tegas dan yakin kepada agamanya. Ya.. Ya Allah dia adalah insan yg benar dlm perjuangannya. Dia menolak jawatan dan kuasa dikala musuhnya menuduhnya gila kuasa. Beliau menolak harta dikala musuhnya mengfitnahnya sebagai penerima rasuah. Beliau telah membimbing kami anak buah nya agar sentiasa berakhlak, ikhlas dan terus istiqamah.Kami tahu insan ini sudah banyak deritanya. Sudah sarat kesedihannya dan sudah lemah jasadnya demi perjuangan ini. Beliau pernah ditikam lawan dan kawan. Namun hatinya tabah dan penuh pasrah. Beliau sgt cintakan persaudaraan. Pada kami beliau adalah bapa penyatuan dan murobbi umah yg dianugerahi Tuhan buat Jamaah ini. "

Lewat malam ini hati saya masih sayu bila memikirkan beliau. Dan saya mohon agar Allah jadikan saya setabah dan seikhlas beliau dlm perjuangan ini.

UMS
Masjid Thoriq bin Zyiad
Kuantan. 9.mac.2020


Comments

Popular posts from this blog

FADHILAT DAN KHASIA SURAH EMPAT QUL

KHASIAT AIR KETUM

Khasiat Pokok Lidah Ayam