7 NASIHAT DARI KUBUR UNTUK UMAT ISLAM
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Orang pintar ialah sesiapa yang memuliakan dirinya (berbuat baik) serta membuat persediaan untuk kehidupan selepas mati, sementara orang bodoh ialah sesiapa yang membiarkan dirinya mengikut hawa nafsu tetapi mengharapkan cita-citanya dikabulkan oleh Allah.” (Riwayat At-Tirmidzi)
7 Nasihat Dari Kubur Untuk Umat Islam :
Aku adalah tempat yang paling gelap di antara yang gelap, maka terangilah aku dengan TAHAJUD.
Aku adalah tempat yang paling sempit, maka luaskanlah aku dengan SILATURAHIM.
Aku adalah tempat yang paling sepi, maka ramaikanlah aku dengan perbanyakan membaca AL-QUR’AN.
Aku adalah tempatnya binatang-binatang yang menjijikkan, maka racunilah ia dengan amal SEDEKAH.
Aku yang menyepitmu hingga hancur bilamana kamu tidak solat, bebaskan sempitan itu dengan SOLAT.
Aku adalah tempat untuk merendammu dengan cairan yang amat sakit, bebaskan rendaman itu dengan PUASA.
Aku adalah tempat Munkar dan Nakir bertanya, maka persiapkanlah jawapanmu dengan perbanyakkan mengucap Kalimah “LAILAHAILALLAH“.
7 nasihat dari kubur ni mengingatkan kita tentang persediaan untuk menghadapi kematian. Sesungguhnya mati itu pasti.
Walaupun kita disarankan supaya sentiasa mengingati mati, tapi tak bermakna kita boleh meminta untuk mati.
Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:
“Jangan sesekali seseorang daripada kamu bercita-cita hendak mati kerana sesuatu bencana yang menimpanya; kalau keadaan mendesaknya meminta mati, maka hendaklah ia memohon dengan berkata : Ya Tuhanku, hidupkanlah daku selagi hidup itu lebih baik bagiku, dan matikanlah daku apabila mati itu lebih baik bagiku.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
3 perkara dalam hidup yang perlu kita tahu
Ada 3 hal dalam hidup yang tidak boleh kembali
– Waktu, Kata-kata dan Kesempatan
Ada 3 hal yang dapat menghancurkan hidup seseorang
– Kemarahan, Keangkuhan dan Dendam
Ada 3 hal yang tidak boleh hilang
– Harapan, Keikhlasan dan Kejujuran
Ada 3 hal yang paling berharga
– Kasih Sayang, Cinta dan Kebaikan
Ada 3 hal dalam hidup yang tidak pernah pasti
– Kekayaan, Kejayaan dan Mimpi
Ada 3 hal yang membentuk watak seseorang
– Komitmen, Ketulusan dan Kerja keras
Ada 3 hal yang boleh buat kita berjaya
– Tekad, Kemahuan dan Fokus
Ada 3 hal yang tidak pernah kita tahu
– Rezeki, Umur dan Jodoh
TAPI, ada 3 hal dalam hidup yang PASTI
– Tua, Sakit dan Kematian.
Semoga bermanfaat.
Comments
Post a Comment