POKOK LIDAH JIN @ LIDAH MERTUA @ SNACK PLANT (SANSEVIERIA)
6 Manfaat Pokok Lidah Mertua Yang Terbukti Dalam Penyelidikan Dan Kajian, Wah Bolehlah Tanam Dalam Rumah Lepas Ni!
Pokok lidah mertua atau juga dikenali sebagai pokok lidah jin adalah tumbuhan asli dari Benua Afrika. Nama saintifik pokok ini adalah sansevieria trifasciata yang memiliki daun yang panjang dan runcing.
Pokok ini terdapat pelbagai jenis dan mudah dibezakan melalui bentuk dan corak daunnya. Pokok ini biasanya ditanam sebagai pokok hiasan kerana corak daunnya yang menarik dan ia mudah dijaga.
Selain itu, pokok ini juga mengeluarkan bunga. Bunganya berwarna putih kekuningan, berjambak dengan tangkai yang panjang. Pokok ini boleh dibiakkan melalui pecahan pokok, pemisahan anak, daun atau keratan daun.
Satu kajian yang diterbitkan baru-baru ini, mendakwa bahawa pencemaran udara dalam rumah boleh menjadi buruk seperti pencemaran udara luar.
Pokok lidah mertua mampu untuk mengurangkan pencemaran udara dalam rumah. Jadi, berikut adalah 6 manfaat pokok lidah mertua:
#1. Membekalkan oksigen
Satu kajian yang diterbitkan oleh Harvard University Extension mendapati bahawa pokok lidah mertua merupakan salah satu tumbuhan yang membekalkan kadar oksigen yang tinggi.
Pokok ficus dan potho adalah tumbuhan lain yang juga mampu membekalkan kadar oksigen yang tinggi.
#2. Pokok hiasan yang cantik
Mengikut kajian sains, tumbuhan dapat memberi kesan positif dalam membantu sistem imun tubuh untuk melawan penyakit atau virus.
Jadi, selain daripada menjadi pokok hiasan yang cantik di ruang tamu atau di dalam bilik, bentuk daunnya yang menegak dengan campuran warna kuning dan hijau dapat memberikan ketenangan kepada anda apabila melihatnya.
#3. Membersihkan udara yang tercemar
Pokok lidah mertua merupakan tumbuhan yang dapat membersihkan udara yang tercemar di dalam rumah anda.
Selain karbon monoksida, udara yang tercemar dengan benzene, formaldehyde, xylene, and toluene dapat ditapiskan oleh pokok ini.
Berdasarkan kajian NASA, tumbuhan yang di tanam dalam rumah dapat membersihkan bahan-bahan toksik dalam udara sebanyak 87 peratus dalam tempoh 24 jam (bergantung jenis pokok dan keluasan rumah) dan pokok lidah mertua adalah salah satu daripada tumbuhan tersebut.
#4. Menyerap karbon dioksida pada waktu malam
Pokok lidah mertua mampu memperbaiki kualiti udara dengan menyerap karbon dioksida dan menghasilkan oksigen pada waktu malam.
#5. Efektif dalam melawan alahan
Pokok yang merupakan pembekal oksigen yang baik, mengurangkan kadar karbon dioksida dan gas berbahaya dalam udara mampu untuk mengurangkan alahan yang berpunca daripada udara yang tercemar.
#6. Mudah untuk dijaga
Pokok lidah mertua sangat mudah untuk dijaga dan tidak memerlukan kos yang tinggi. Pokok ini dapat bertahan hidup dengan baik di bawah sinaran cahaya matahari, di dalam ruang gelap mahupun ketika kekurangan air.
Sumber : Balcony Garden
KELEBIHAN LIDAH JIN DALAM RAWATAN DAN PERUBATAN
================================================
N. Saintifik: Sansevieria trifasciata | N. Biasa: Lidah jin, Lidah mertua | Keluarga: Liliaceae
Tumbuhan ini mudah didapati di Kawasan tropika ataupun subtropika. Cahaya matahari penuh atau separa teduhan diperlukan untuk tumbuhan ini yang berwarna hijau muda atau hijau kelabu dengan garisan.
Mengandungi fiber, karbohidrat, mineral, steroid, vitamin C dan lain-lain.
Cara penggunaan:
Buasir, kecacingan – batang lidah jin ditumbuk lumat, perah airnya dan ditapis kemudian diminum.
Cirit-birit, tekanan darah tinggi – 27g akarnya yang kering dibasuh bersih, rebus dengan 3 gelas air dibiar mendidih hingga airnya tinggal 1 gelas. Ditapis kemudian minum ½ gelas pada waktu pagi dan petang.
Sakit telinga - daunnya dipanaskan, diperah kemudian cecair dititiskan dalam telinga.
Sumber : Chaqura Garden & Nursery
Cara nak tanam
###############################################################
Sumber : Isafika Hamzah
###############################################################
LIDAH JIN/LIDAH MERTUA - LIDAH AYAM - LIDAH JIN/MERTUA
TEMAN BARU DI DALAM BILIK BACAAN KU







Comments
Post a Comment