Pokok Bunga Mayang Sari @ Citharexylum Spinosum

Pokok bunga mayang sari menghasilkan gugusan bunga putih berbau wangi terutama waktu malam.Perlukan full direct sun light supaya banyak berbunga.Perlu dicantas selalu supaya banyak pucuk dan akan banyak bunganya kerana bunganya keluar berdekatan pucuk.Pokok ini berbunga sepanjang tahun.

Eloknya ditanam dalam pasu supaya mudah dikawal pembesaran dan ketinggiannya kerana ia jenis pokok berkayu.Mayang sari memerlukan air yang secukupnya.

Tumbuhan ini boleh dibiakkan dengan kaedah keratan batang yang telah matang dan dicucuk ke tanah. Ia merupakan antara tumbuhan yang senang dibiakkan dan mempunyai kadar pertumbuhan yang cepat.

Dicadangkan ditanam dalam turutan dengan pokok bunga cina,pokok bunga kerak nasi,pokok bunga harum sundal malam dan pokok bunga sedap malam.

MAYANG SARI KU @ 18.06.2020
pokok bunga mayang sari yang dah besar tinggi 

Comments

Popular posts from this blog

FADHILAT DAN KHASIA SURAH EMPAT QUL

KHASIAT AIR KETUM

Khasiat Pokok Lidah Ayam