pekan pendang dah banyak berubah
Pagi Selasa 22 September,2009 sebelum bertolak ke Baling,Padang Serai dan Kulim untuk beraya - aku drive kereta bawa famili ronda-ronda sekitar Pekan Pendang.Macam pelancung luar yang baru mai Pendang la plak!
Saja nak tunjuk dan nak cerita sikit kat isteri dan anak-anak apa yang ada kat Pendang ni dulu dan kini.Orang tak ramai lagi kat Pekan Pendang kerana hari raya ke 3 tentu masing-masing ramai yang keluar dari Pendang beraya ke rumah saudara mara.

Pokok besar ini (berhampiran Kembara biru) adalah asas permulaan Pekan Pendang
Penduduk tempatan memanggil telaga ini `Telaga Kerajaan'.Air telaga ini mulanya digunakan untuk memandikan gajah.Airnya tidak pernah kering.Keadaan ini banyak membantu penduduk Pekan Pendang dan sekitarnya semasa musim kemarau.Pihak kerajaan membaikpulih telaga ini dengan binaan kok dan apron menjadikan struktur telaga ini lebih sempurna.Ketika itu belum ada lagi bekalan air paip.Sebab itulah dinamakan telaga kerajaan.
Bangunan yang kelihatan itu ialah Pendang Lake Resort.Dulu kawasan paya ini dikelilingi oleh belukar tebal. Sekarang dinamakan Kolam MADA
Dulunya kawasan ini belukar tebal yang biasanya dimasuki oleh pendenak burung dan pengail ikan yang berhati kering sahaja nak mengail di paya tu.
Kawasan Pasar Tani dan Pekan Nat ini juga dulunya belukar tebal.Satu kawasan belukar tebal yang luas yang kini telah diteroka dan dibangunkan Mini Stadium Pendang dan Pendang Lake Resort
Dulunya tapak Pasaraya Pendang ini ialah kawasan lembah yang terdapat di sini sebuah dewan orang ramai dan sebuah kot sepaktakraw
Pekan Pendang Baru.Dulunya kawasan kebun getah tempat aku & the geng dok cari biji getah pastu lawan berlaga biji getah. Berhampiran sini ada sungai dan di situlah port untuk kami mandi-manda.Aktiviti ini terpaksa dihentikan bila berhampiran port kami tu dah dibina kilang mee & taukua - air sungai dah tercemar dan badan akan gatal-gatal bila mandi

Perkatan `dulu' yang aku gunakan tu merujuk kepada era tahun 70an ketika aku masih kanak-kanak yang mula menginjak alam remaja ehem! ehem!
Kat bawah ni diperturunkan satu version asal usul Pekan Pendang. Ada satu lagi version sejarah yang mengatakan perkataan Pendang tu berasal dari wording Siam yang bermakna `pandang belakang'. Kisah seorang pemuda yang melarikan diri dan dikejar oleh tentera-tentera kerajaan Siam.Di pokok besar itulah dia berehat setelah yakin yang dia telah jauh dari tentera-tentera Siam itu.Tiba-tiba bila dia `pandang ke belakang' dilihatnya dah sampai pun beberapa orang tentera Siam di situ.Terjadilah satu pertarungan yang hebat lagi sengit dan akhirnya dimenangi oleh pemuda tersebut.Lalu bermula penempatan manusia di kawasan ini dan berkembang meluas dari masa ke semasa dengan berpusatkan pokok besar itu.
Buku sejarah ni aku baca masa kat sekolah dulu so dah lupalah nama buku dan penulis tu.Kisah ni aku ingat lagi kerana time sekolah dulu aku cukup minat dengan subjek sejarah.
SEJARAH
Pekan Pendang dibuka pada sekitar tahun 1800 Masihi.Nama `Pendang' dipercayai lahir dari perkataan `pendiat' iaitu perkataan Siam yang bermaksud tempat menangkap gajah.
Dahulu, gajah liar banyak didapati di kawasan Pendang.Menangkap gajah bukanlah perkara mudah.Satu parit yang panjang diperlukan untuk menangkap gajah.Parit itu digali dengan ukuran lebarnya memuatkan seekor gajah.Gajah dikepung dan didorong supaya masuk ke dalam parit itu.Apabila gajah sudah masuk ke dalam parit tersebut,parit di bahagian belakang gajah itu akan segera ditimbus dengan tanah.
Dengan demikian gajah itu tidak dapat mundur untuk keluar dari parit itu.Gajah itu hanya boleh bergerak ke hadapan sahaja.Asakan dari tanah kambusan parit yang dibelakangnya menyebabkan gajah itu terpaksa bergerak terus ke arah hadapan dan akhirnya akan sampailah ke pendiat, tempat memberkas gajah yang letaknya di hujung parit.Pada setiap musim menangkap gajah,satu pesta berhampiran dengan pendiat diadakan. Pelbagai permainan tradisi seperti makyung,menora dan berlaga ayam diadakan.
Secara keseluruhannya pesta tersebut sangat meriah,namun adakala berlaku pergaduhan dan sering juga berakhir dengan pertumpahan darah kerana pengunjung tidak dilarang dari membawa senjata seperti parang dan golok.
Pengunjung pesta di peniat itu tidak terdiri dari orang tempatan sahaja.Malahan datang dari segenap pelusuk Negeri Kedah dan bertututr dengan pelbagai loghat daerah.Daripada kepelbagaian loghat daerah itulah sebutan perkataan `pendiat' berubah menjadi `padang' dan akhirnya menjadi `pendang'.Pendang kekal sebagai nama tempat menangkap gajah dan biasanya gajah dari hutan Pendang dilatih sebagai binatang kenderaan pembesar-pembesar negeri.Ciri-ciri fizikal gajah yang besar ,kuat,tahan lasak dan ditakuti oleh binatang buas lain menjadikan ianya kenderaan pengangkutan pengembara dan peredah hutan yang amat praktikal.
Kampong Raja,Kampong Kubang Anak Gajah dan Kampong Gajah Mati adalah antara kampong-kampong di Daerah Pendang yang mempunyai nostalgia dengan sejarah ini.Anak-anak gajah dipelihara di sebuah kampung yang bernama Kubang Anak Gajah dan gajah-gajah yang mati pula akan ditanam di Kampung Gajah Mati.Pada zaman tersebut, Pendang adalah tempat pembiakan gajah yang terbesar dan terkenal di Negeri Kedah selain dari Mukim Naga di Daerah Kubang Pasu. Gajah menjadi kenderaan utama pada masa itu terutama sebagai kenderaan darat untuk menghantar ‘ufti’ @ Bunga Emas ke Negeri Siam.

Comments
Post a Comment