BANGSA MELAYU BERASAL DARI KETURUNAN NABI IBRAHIM AS

Begitu menurut Ibnu Athir,seorang ahli sejarah Islam terkenal di zaman lampau.Bangsa Melayu menurut beliau ialah Bani Jawi iaitu keturunan Nabi Ibrahim a.s. dari isterinya yang ketiga bernama Qatura.Bagi anak-anak dari keturunan Qatura in,baginda telah memerintahkan agar berpindah ke timur dengan memberikan bekalan-bekalan yang perlu bagi memulakan hidup baru.Maka mereka pun meninggalkan tanah Kanaan berpindahlah ke timur.

Kemungkinan besar perpindahan demi perpindahan telah berlaku akibat beberapa sebab.Dikatakan juga bangsa Melayu pernah menduduki Tibet dan telah menamakan Gunung Himalaya,yang mana dalam bahasa Sanskrit bermakna Gunung Melayu.Perkara ini berlaku lebih dari 2000 tahun yang lampau.Dikatakan juga bangsa Melayu yang tinggal di banjaran gunung ini telah berpindah pula ke selatan akibat dari peperangan demi peperangan yang berlaku di tanah besar China dan India.Akhirnya mereka menempatkan diri di selatan Thai serta Semenanjung Tanah Melayu - ini adalah kisah perpindahan yang berlaku melalui jalan darat.

Terdapat juga keturnan dari Kanaan ini yang datang melalui jalan laut mengikut seorang raja yang bernama Mus,belayar ke timur dan mendarat di Sulawesi.Di sana terdapat bukti kedatangan beliau dan rombongannya dimana sebuah sungai telah dinamakan Sungai Musi yang bererti Sungai Mus Punya.

Dikatakan Nabi Ibrahim a.s. itu telah melahirkan 3 keturunan yang besar

1. Bangsa Arab dari keturunan Nabi Ismail a.s.
2. Bangsa Israil dari keturunan Nabi Ishak a.s.
3. Bangsa Melayu (Bani Jawi)dari keturunan anaknya menerusi perkahwinan dengan Qatura.

Sejak dari zaman dulu lagi orang-orang Arab memanggil Kepulauan Tanah Melayu ini sebagai Tanah Jawi.Bangsa Melayu telah melalui berbagai-bagai pengalaman semasa perpindahan dari suatu tempat ke suatu tempat.Kaumnya pun telah menganut berbagai-bagai ugama bermula dari syariat Nabi Ibrahim a.s.,Hindu,Buddha,Kristian dan Islam.

Nota : Petikan dari buku Permata Yang Hilang karangan Ibnu Yusof,Al-Kafilah Enterprise,Kota Bharu,Kelantan,1995.

Bila membaca halaman 13 ini saya teringat apa yang diucapkan oleh Ustaz (Dr.)Muhammad Uthman El-Muhammady semasa memberi ceramah Motivasi Haji kepada jemaah-jemaah haji Malaysia di Maktab 75,Hotel Janadriah,Mekah.

Beliau mengutara satu persoalan yang sama-sama kita fikirkan iaitu mengenai syiar Islam di Malaysia yang tulin seperti mana yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w. walau pun jarak Malaysia yang jauh dari Tanah Suci Mekah dan Madinah sedangkan negara-negara yang berdekatan malah berjiran dengan Arab Saudi pun mengamalkan ajaran Islam yang tak tulin lagi.

Mungkinkah jaringan syariat Nabi Ibrahim a.s. yang mengalir dalam darah keturunan Bani Jawi menjadikan daya tarik yang kuat untuk menerima anutan ajaran Islam pula yang pastinya ada hubungkait sebagai penerus dan perlengkap ajaran agama samawi ini.Wallahu aqlam!

Comments

Popular posts from this blog

FADHILAT DAN KHASIA SURAH EMPAT QUL

KHASIAT AIR KETUM

Khasiat Pokok Lidah Ayam