Zulhijjah adalah bulan terakhir dalam takwim Hijrah dan merupakan diantara bulan-bulan haram yang dmuliakan oleh Allah SWT.(Lain-lain bulan haram ialah Zulkaedah,Muharram dan Rejab) .Sebagaimana bulan-bulan haram yang lain,bulan Zulhijjah seharusnya diisi dengan amalan-amalan soleh yang selari dengan sunnah Rasulullah SAW. AlHafiz Ibnu Hajar alAsqolani menjelaskan sebab keutamaan 10 hari ini adalah kerana pada hari-hari tersebut terkumpul ibadat-ibadat induk seperti solat,puasa,sedekah dan haji yang dapat dilakukan serentak dan tidak sebegitu pada hari-hari yang lain. Justeru hendaklah setiap umat Islam memperbanyakkan solat sunat terutama tahajjud,berzikir,berdoa,membaca AlQuran,melaksanakan ibadat korban dan haji bagi yang mampu.Usahakanlah untuk berpuasa pada 9 hari yang pertama ini. 9 Zulhijjah merupakan Hari Wukuf dan 10 Zulhijjah Aidil Adha. الله أَكْبَر. الله أكْبَر. الله أكْبَر كَبِيْراً. الله أكْبَر. الله أكْبَر. لا إِلهَ إِلا الله ...