Posts
Showing posts from September, 2014
5 cara nak kuat untuk berubah?
- Get link
- X
- Other Apps
Sejujurnya, nak berubah ni, semua orang mampu . Semua mampu berubah. Serius. Yang jadi masalah ialah, kita ni NAK berubah, atau kita ni NAK TAK NAK. Kalau kita NAK, Allah akan bukak jalan seluas-luasnya, Allah akan beri kemudahan dan kekuatan yang luar biasa pada kita. Tapi, kalau NAK TAK NAK, kita akan jadi kreatif untuk mencipta atau mencari pelbagai alasan untuk berubah. “Susahla nak berubah…..” “Saya dah cuba, TAPI……” “Kau bolehla berubah. Aku, ada masalah family, family aku tak kuat agama macam kau….” “Kau okayla boleh jadi baik. Kau sekolah agama. Aku? Sekolah aku teruk gila…..” Macam-macam alasan yang kita boleh bagi sebenarnya. Saya tak kata alasan sesetengah dari kita bagi ni SALAH. Mungkin dari satu sudut, benda tu betul. Tapi, sampai bila kita nak beralasan? Sampai bila kita nak terus-menerus bagi pelbagai alasan? Sampai bila kita nak merungut? Tu persoalannya. Namun, takde siapa nafikan, berubah ni memang susah . Sangat susah. Sebab tulah syur...
Ikhtiar Harus Serius
- Get link
- X
- Other Apps
Allah Swt berfirman, “Dan, orang-orang yang bersungguh-sungguh untuk (mencari keridhaan) Kami, benar-benar akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan, sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang-orang yang berbuat baik.” (QS. Al Ankabuut [29]: 69). Banyak sekali urusan di dunia ini yang seolah berat dilakukan, sehingga manusia tidak menyanggupinya. Padahal yang sebenarnya terjadilah hanyalah masalah mau bersungguh-sungguh atau tidak. Karena ternyata banyak sekali hal yang seolah mustahil terjadi, bisa terjadi karena kesungguhan. Sebagai contoh, shalat Tahajud. Mengapa shalat ini seolah-olah hal yang sangat berat dilakukan? Sebenarnya bukan shalatnya yang berat tapi karena kesungguhan kita yang tidak ada. Jika kita sungguh-sungguh, maka mudah saja Tahajud itu dilaksanakan. Jika Tahajud itu hanyalah rencana yang dilontarkan bibir belaka, maka itu akan menjadi satu hal yang sangat berat dilakukan. Namun, jika rencana shalat Tahajud itu tak hanya diucapkan, melainkan d...
Nasihat Nabi Khidir Kepada Nabi Musa AS.
- Get link
- X
- Other Apps
Khidir berkata, "Wahai pencari ilmu, sesungguhnya orang yang bercakap tidak lebih mudah jemu daripada orang yang mendengar. Maka janganlah kau buat orang-orang yang ada disekitarmu menjadi jemu ketika engkau berbicara kepada mereka. Ketahuilah bahawa hatimu merupakan bejana. Kenalilah dunia dan buanglah ia dibelakangmu, kerana dunia bukan merupakan tempat tinggalmu, dan apa yang ditetapkan bagimu tidak ada di sana. Dunia dijadikan sebagai perantara hidup hamba, agar mereka mencari bekal darinya untuk tempat kembali. Hai Musa, letakkanlah dirimu pada kesabaran, tentu engkau akan selamat dari dosa. Wahai Musa, pusatkanlah minatmu pada ilmu kalau memang engkau menghendakinya. Sesungguhnya ilmu itu bagi orang yang berminat kepadanya. Janganlah engkau menjadi mudah kagum kepada perkataan yang disampaikan panjang lebar, kerana banyak perkataan mendatangkan aib bagi orang yang berilmu dan boleh membocorkan rahsia yang betul ditutupinya.Tetapi semestinya engkau berkata sedikit kerana yan...
Kehebatan Solat Tahajjud
- Get link
- X
- Other Apps
Solat Tahajud ialah ibadah yang kita lakukan pada malam hari, biasanya tengah malam atau lewat tengah malam. Solat tahajud juga dikenali juga sebagai shalatulail. Solat ini sangat baik dilakukan terutama kepada para pemimpin Islam kerana Rasulullah S.A.W dan para sahabat r.a tidak meninggalkan solat ini sepanjang hayat mereka, sebagai ibadah tambahan. Dalam Al-Quran terdapat banyak ayat-ayat yang menggalakkan umat Islam mengerjakan solat tahajud sebagai ibadah tambahan pada waktu malam begitu juga terdapat beberapa hadis Nabi S.A.W. mengenai perkara ini. 1) Tidur dan solat tahajjud Umumnya manusia mengatakan tidur malam perlu antara enam hingga lapan jam sehari. Tetapi pendapat ini ditolak oleh para saintis Barat seperti Dr Ray Meddis, seorang profesor di Department of Human Sciences, England University of Technology yang mengatakan bahawa manusia sebenarnya perlu tidur malam selama tiga jam sahaja. Waktu tidur boleh dibahagi kepada dua bahagian – tidur ayam dan tidur lelap. Mi...
Tidur Selepas Subuh
- Get link
- X
- Other Apps
Kepada sahabat-sahabat yang disayangi mari kita muhasabah diri. Di sebalik diri kita ini, ada sifat pemalas yang perlu diubah. Jika kita tidak ubah tabiat pemalas kita ini, maka bermacam-macam impak negatif bakal menghanyutkan diri ke arah kemudharatan yang lebih besar. Jika tidak sekarang, bila lagi bukan? Takkan mahu tunggu usia sudah senja baru kita terhegeh-hegeh mengubah diri. Ketika itu, tabiat pemalas kita sudah sebati dengan diri dan amat degil untuk disental segala kekotorannya yang sudah lama melekat dan merosakkan hati kita. TABIAT PEMALAS YANG PERLU DIUBAH Cuba cek diri kita, mana 1 menjadi amalan seharian : 1. Bangun subuh lewat 2. Tidur selepas subuh 3. Melewatkan waktu subuh 4. Ala kadar je bangun subuh 5. Tak bangun pun solat subuh Sahabat-sahabat, masih ingat lagikah? Di waktu zaman berhingus dulu? Ustaz yang mengajar subjek Pendidikan Islam selalu bertanya di dalam kelas, “Siapa yang tak cukup solat 5 waktu semalam, sila berdiri” Tanpa segan silu, secara berje...
Kebaikan Mandi Sebelum Subuh
- Get link
- X
- Other Apps
Ramai di kalangan kita yang mengalami kesukaran untuk bangun awal pagi dan mendirikan solat Subuh di awal waktu. Masalah ini terjadi atas beberapa sebab, antaranya ia telah menjadi tabiat, tidur lewat dan perasaan malas untuk bangun waktu subuh. Menurut kajian sains,kandungan gas ozon pada waktu pagi lebih tinggi dari waktu lain.Oleh itu gas ozon ini yang juga amat penting untuk tubuh badan kita. Kebaikan Mandi Sebelum Subuh Mandi awal pagi bukan sahaja membersihkan malah memberikan kesegaran dan manfaat untuk tubuh badan. Malah mandi awal pagi iaitu sebelum solat Subuh merupakan antara amalan Rasululah SAW. Antara manfaat mandi awal pagi ialah: Melancarkan peredaran darah Jika peredaran darah lancar maka tubuh akan menjadi lebih sihat dan bertenaga. Kulit lebih lembut dan halus Mandi menggunakan air sejuk dapat mengurangkan lingkaran gelap bawah mata. Kuku juga akan menjadi lebih sihat, kuat dan tidak mudah retak. Kulit pula menjadi lebih lembut dan halus. Meningkatk...
Jom Berubah
- Get link
- X
- Other Apps
“Aku adalah sepertimana sangkaan hamba-Ku, dan Aku bersama dengannya ketika ia mengingati Aku. Jika ia ingat kepada-Ku di dalam hatinya, Aku ingat kepadanya di dalam hati-Ku. Dan jika ia ingat kepada-Ku di khalayak ramai, nescaya Aku pun ingat kepadanya dalam khalayak ramai lebih baik. Dan jika ia mendekati kepada-Ku sejengkal,Aku pun mendekatinya sehasta. Dan jika ia mendekati-Ku sehasta, nescaya Aku mendekatinya sedepa. Dan jika ia datang kepada-Ku berjalan, maka Aku datang kepadanya sambil berlari.”-Hadith Qudsi riwayat Syaikhan, Tirmidzi dan Abu Hurairah R.A Tika ditanya tentang perubahan Pastinya berat melangkah ke alam baru Sunnah alam untuk berputar berubah Begitu juga insan yang membentuk sebahagian isi alam Bukan sifatnya Muslim untuk berada di takuk lama Sejenak melangkah ke baru Lumrah untuk merasa tergamam Kerana setiap pilihan hadirnya bersama tanggung dan jawab Tapi itu hanya sementara, Jangan terlalu lama berdiri tergamam Teruskan melangkah...