Sunday, April 16, 2017

Petua Rawatan Buah Pinggang

Seorang doktor berbangsa Cina telah memberikan petua ini kepada orang ramai atau pesakit yang mengalami masalah buah pinggang tetapi belum sampai peringkat dialysis untuk diamalkan InsyaAllah akan sembuh seperti mana beberapa orang yang telah mencubanya.

Bahan-bahannya:

1. * 20 tangkai pokok telinga kera.
2. *30 biji kurma cina (saiz kecil harga di sini RM13 sekilogram) ATAU 6 biji kurma cina (saiz besar harga di sini RM28 sekilogram)
3. * 1 liter air seeloknya air mineral atau air bertapis.
Cara-caranya ialah :

Basuh pokok telinga kera (panggilan tempatan) dan kurma cina. 

Masukkan dalam periuk atau slow cooker dan dididihkan selama 3 jam dengan api perlahan bersama 1 liter air. Kalau gunakan slow cooker setkan pada Auto.Setelah 3 jam air rebusan akan mungkin akan kurang kuantitinya. Bahan rebusan itu boleh digunakan sehingga 3 kali rebusan sebelum khasiatnya habis. Air rebusan boleh diminun bila-bila masa seperti kita minum air seharian tanpa had. Boleh juga didinginkan di dalam peti sejuk.

Ini cuma ikhtiar cara tradisional Cina dan kuantiti kandungannya tidak dapat disukat dengan tepat begitu juga dengan dos pengambilannya. Ada orang yang sesuai dan ada yang tidak sesuai mengamalkannya.Oleh itu saya tidak boleh dipertanggungjawabkan jika timbul gejala yang negatif semasa tuan/puan mengamalkannya. Harap maklum no...

~nurDia~

Nota :

Amalan saya :  21 pucuk daun telinga kera + 21 biji kurma cina (sesuai guna kurna cina kerana kurma ni lebih manis so air rebusan ni akan rasa lebih enak) + 1.5 liter air mineral ...... campuran ini direbus dengan api perlahan sehingga mendidih ..... boleh direbus 3 kali dengan kuantiti air baru yang sama.

Boleh disimpan dalam peti ais supaya tahan lama.Eloknya masa nak minum nanti tuangkan dalam gelas ...biarkan air tu hilang sejuknya baru minum.Suhu sejuk air minuman ada kesan sampingan lain yang tidak baik untuk tubuh kita.

No comments:

Post a Comment