Sistem Imunisasi dan Kepentingannya
Pembangunan pesat tanpa kawalan yang dilakukan manusia hari ini menyebabkan berlakunya pelbagai pencemaran alam sekitar termasuklah pencemaran udara,pencemaran air dan sebagainya.Pencemaran dikenalpasti sebagai salah satu faktor yang boleh melemahkan sistem imunisasi kita.Sistem imunisasi terdiri daripada rangkaian sel,tisu dan organ yang berperanan sebagai pertahanan badan untuk melawan organisma berbahaya dan bahan asing yang boleh menyebabkan penyakit. Antibodi yang dinamakan sebagai Immunoglobulin atau Igmengandungi "gamma globulin" iaitu sejenis protein darah yang dirembeskan oleh sel B limfosit.Apabila antibodi bertindak dengan baik,ia akan melawan dan melindungi tubuh daripada patogen seperti bakteria dan virus serta menghapuskan sel-sel kanser dan bahan-bahan asing.Sebaliknya jikan antibodi lemah,keupayaan pertahanan badan juga lemah dimana ia akan membenarkan patogen termasuk virus yang menyebabkan demam dan selsema selsema hidup dan membiak di dalam badan. Sistem ...